Luxembourg

From Wikipedia, the free encyclopedia

Luxembourg
Remove ads

Luxembourg atau nama rasminya Grand Duchy of Luxembourg adalah sebuah negara yang terkaya di Dunia.kecil yang tidak mempunyai laut di Eropah Barat. Luxembourg bersempadan dengan Perancis, Jerman dan Belgium. Ibu negara bagi Luxembourg ialah Bandar Luxembourg. Bandar Luxembourg juga merupakan salah sebuah bandar yang paling ramai penduduk di Luxembourg. Bandar Luxembourg adalah salah satu daripada empat kerusi institusi Kesatuan Eropah.

Fakta Segera Wilayah Agung Luxembourgولايه اڬوڠ لوكسمبورڬ‎Groussherzogtum Lëtzebuerg Grand-Duché de Luxembourg Großherzogtum Luxemburg, Ibu negaradan bandar terbesar ...
Remove ads

Geografi

Luxembourg adalah salah satu negara terkecil di Eropah. Ia berada pada kedudukan ke-167 dalam ukurannya berbanding negara-negara lain. Negara ini luasnya sekitar 2,586 km². Luxembourg bersempadan dengan wilayah Luxembourg milik Belgium di sebelah barat, yang luasnya sebesar 4,443 km², hampir dua kali luas negara ini.

Di utara, bahagian-bahagian dari Ardennes, berbukit-bukit dan gunung-gunung dengan ketinggian rendah, dengan Buurgplaatz sebagai titik tertinggi pada 559 m. Bahagian lain dari negara ini juga berbukit-bukit.

Sempadan timur Luxembourg dibentuk oleh tiga sungai, Moselle, Sauer/Sure dan Our.

Remove ads

Ekonomi

Ekonomi yang stabil, berpendapatan tinggi mencirikan pertumbuhan yang sederhana, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah pula. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain. Dalam beberapa dekad terakhir, pertumbuhan dalam sektor kewangan telah lebih dari menggantikan penurunan dalam baja. Sektor perkhidmatan, khususnya perbankan, menyumbangkan perkadaran yang bertumbuh dari ekonomi. Agrikultur berdasarkan pada pertanian kecil yang dimiliki keluarga-keluarga. Luxembourg secara khusus mempunyai hubungan dagang dan kewangan yang rapat dengan Belgium dan Belanda, dan sebagai ahli Kesatuan Eropah juga menikmati keuntungan-keuntungan dari pasaran Eropah yang terbuka. Luxembourg mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia, sebanyak USD 87,955 (2005). Tingkat pengangguran 4.4% dari seluruh angkatan kerja pada Julai 2005.

Remove ads

Lihat juga

Nota

  1. Kini Kesatuan Eropah since 1993.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads