MBDA Meteor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Meteor adalah sebuah peluru berpandu udara ke udara jarak melangkaui ufuk (BVRAAM) terpandu radar aktif yang dibangunkan oleh MBDA. Meteor menawarkan keupayaan tembakan berbilang (pelancar berbilang untuk menentang sasaran berbilang), dan kebolehan untuk bertempur dengan sasaran yang mempunyai kelincahan tinggi seperti jet dan sasaran kecil seperti UAV serta peluru berpandu kruis dalam persekitaran tindak balas elektronik (ECM) yang padat dengan jarak melebihi 100 kilometer (54 nmi).[4] Sebuah motor ramjet dengan bahan api pepejal membolehkan peluru berpandu ini meluncur pada halaju lebih daripada Mach 4 yang mana membekalkan peluru berpandu dengan tujahan dan pecutan di tengah penerbangan untuk memintas sasaran.[6][7] Pautan data dua hala pula membolehkan pesawat yang melancarkan peluru berpandu ini memberi kemas kini sasaran semasa penerbangan atau penyasarkan semula sekira perlu, termasuk data dari pihak ketiga daripada luar pesawat. Pautan data boleh menghantar maklumat peluru berpandu seperti status fungsi dan kinematik, maklumat berkenaan sasaran berbilang dan notifikasi berkenaan sasaran oleh penjejak.[3]
Remove ads
Pengguna

Pengguna
Pengguna masa depan
Sekarang
Masa depan
Brazil - Tentera Udara Brazil[12][13]
Croatia - Tentera Udara Croatia - pembelian pesawat Rafale oleh Croatia juga datang bersama dengan sejumlah kecil peluru berpandu Meteor selain sejumlah besar peluru berpandu Mica.
Greece - Tentera Udara Greece[14]
Qatar - Tentera Udara Qatar[15]
Arab Saudi - Tentera Udara Diraja Arab Saudi[16]
Korea Selatan - Tentera Udara Republik Korea[17]
Thailand - Tentera Udara Diraja Thailand
United Kingdom - Tentera Laut Diraja
Remove ads
Lihat juga
- Peluru berpandu serupa
- AIM-54 Phoenix
- AIM‐120 AMRAAM
- AIM-152 AAAM
- Astra (peluru berpandu)
- FMRAAM
- K-100 (peluru berpandu)
- Long-Range Engagement Weapon
- PL-12D
- PL-15
- PL-21
- R-37 (peluru berpandu)
- R-77M
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads