Maktab Rendah Sains MARA Transkrian

From Wikipedia, the free encyclopedia

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian
Remove ads

5.15477°N 100.48401°E / 5.15477; 100.48401

Fakta Segera Maktab Rendah Sains MARA Transkrian مكتب رنده ساءين س مارا ترنسكريان, Lokasi ...

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian (singkatan: MRSM Transkrian) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Mukim 9, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Maktab ini terletak berhampiran dengan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.

Maktab ini dibuka pada 1 April 2002, merupakan MRSM ke-34 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau.

Remove ads

Sejarah

Penubuhan maktab

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian ditubuhkan MARA betujuan memenuhi hasrat dan wawasan untuk mencemerlangkan institusi pendidikan MARA (IPMA) hingga bertaraf dunia. MRSM Transkrian merupakan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas MRSM Balik Pulau yang beroperasi pada tahun 1984. MRSM ketiga di Pulau Pinang ialah MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beroperasi pada tahun 2007.

Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, maktab ini yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Asal mulanya kawasan ini merupakan kawasan ladang. Lokasinya yang berhampiran dengan Parit Buntar (Perak) menyebabkan beberapa pihak sering menganggap bahawa maktab ini terletak dalam negeri Perak.

Berkemungkinan perkataan 'krian' itu disamakan dengan daerah Kerian sedangkan nama Krian adalah panggilan biasa orang tua-tua untuk kawasan Nibong Tebal. Daerah Kerian di Perak terletak bersebelahan dan dinamakan berdasarkan Sungai Kerian yang merentasi kawasan ini. Sungai Kerian sendiri mencatatkan sejarah terutama melalui tragedi bas sekolah terhumban ke dalamnya pada tahun 1973 di kawasan antara Parit Buntar dan Bandar Baharu (Kedah). Inilah uniknya kawasan Transkrian yang bersempadankan Parit Buntar (Perak) dan Bandar Baharu (Kedah) .

Pada Tahun 2025,MRSM Transkrian akan menjadi MRSM Teknikal yang ke-2 selepas MRSM Bentong di Pahang oleh kerana berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia Nibong Tebal.

Senarai pengetua

Maklumat lanjut Nama, Mula berkhidmat ...


Remove ads

Korporat

Slogan

Pengetua MRSM Transkrian, Tuan Haji Samsudin Suip telah memperkenalkan 'tagline' maktab pada awal 2009 iaitu, 'A Thinking And Enriching College'. MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, akan menjadikan budaya berfikir dan aktiviti pengayaan sentiasa subur dan bugar dalam dalam semua aspek di sini. Beliau juga telah mengilhamkan pelaksanaan Sistem Merit Demerit (SMD) di MRSM Transkrian sebagai satu alat pengurusan kecemerlangan maktab secara menyeluruh (Schoolwide College Management). Melalui SMD, kejayaan demi kejayaan telah dapat diciptakan oleh para guru, kakitangan serta pelajar-pelajar.


Remove ads

Kejayaan

Akademik

Maklumat lanjut BIL, NAMA PERTANDINGAN / ANUGERAH ...

Bukan akademik

Maklumat lanjut BIL, NAMA PERTANDINGAN / ANUGERAH ...


Lagu rasmi

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads