MV Dayang Topaz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

MV Dayang Topaz ialah kapal penyelenggaraan milik Malaysia.[3]

Fakta Segera Sejarah, Malaysia ...

Dimiliki oleh DESB Marine Services, anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Berhad, kapal Dayang Topaz mula berlabuh pada tahun 2012 dan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali, anak syarikat konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas.[4]

Remove ads

Insiden 2020

Pada awal pagi 27 Oktober 2020, kapal Dayang Topaz karam di perairan Miri, Sarawak setelah merempuh pelantar minyak Baram B di Kuala Baram, Miri ketika cuaca buruk.[5] Dua orang anak kapal maut, sementara 185 orang lagi anak kapal berjaya diselamatkan. Kapal penyelenggaraan tersebut mengangkut 187 orang anak kapal yang terdiri daripada 185 orang anak kapal warganegara Malaysia dan dua orang anak kapal warganegara Indonesia.[6][7]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads