Majlis Pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Majlis Pertabalan Sultan Azlan sebagai Sultan Perak telah diadakan pada 9 disember 1985 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Almarhum sultan Yussuf Izzuddin Shah perlu menjalani 6 istiadat mengikut adat istiadat Kesultanan Perak iaitu :

  1. Tabal Adat
  2. Menziarahi makam Sultan Perak


Tabal Adat

Pada 9 Disember 1985 Sultan Azlan Muhibuddin Shah menerima Pedang Cura Si Manjakini dari Pawang Diraja. Mastika Embun dipersembahkan dan Cap Halilintar dibisikkan ke telinga kanan baginda berhubung rahsia nasab keturunan .

Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan selaku Bendahara Seri Maharaja membacakan pemasyhuran pertabalan sultan mengikit pasal 6 perkara 2 Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak. Seruan 'Daulat Tuanku' sebanyak 3 kali , seterusnya paluan Nobat dan tembakan meriam 21 das. [1]

Remove ads

Menziarahi makam Sultan Perak

Dari Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh, Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah menziarahi semua makam Sultan Perak terdahulu (33 buah ) di tebing kiri dan kanan Sungai Perak. Baginda dan rombongan berhanyut dengan bot yang dinamakan Balai Gambang berwarna kuning. Semua makam Sultan terletak di tebing kiri dan kanan Sungai Perak seperti di Bota, Kampung Gajah, Pulau Tiga, Perak, Pasir Pulai, Kampung Teluk Memali, Pulau Indera Sakti , Durian Sebatang , Teluk Intan dan lain-lain.

Imam dan Mufti Perak membacakan doa selamat di setiap makam dan beramah mesra dengan masyarakat setempat.


Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads