Sungai Perak

sungai di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Sungai Perak
Remove ads

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Fakta Segera Lokasi, Negara ...

Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sendi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Sultan Perak yang pertama pernah juga dari Sumatera melalui Beting Beras Basah, sebuah pekan di hilir Sungai Perak ini.

Remove ads

Sejarah

Kawasan Sungai Perak awalnya menjadi tumpuan petempatan manusia prasejarah, terutamanya di kawasan Hulu Perak. Petempatan prasejarah diduga telah wujud sejak zaman Paleolitik, dengan mereka memiliki kebolehan mencipta alat batu daripada batu kelikir di kawasan sungai.[1]

Ekosistem

Laporan kajian mengesahkan kewujudan sekurang-kurangnya 107 ekor spesies ikan daripada 33 buah keluarga, dengan keluarga ikan kap (Cyprinidae) merupakan spesies utama.[2]

Pembangunan

Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:

Pencemaran

Sungai Perak ditemui memiliki pencemaran daripada segi kehadiran unsur logam-logam, termasuk kadmium (logam berat) daripada kegiatan perindustrian dan pertanian di sepanjang sungai.[3]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads