Makkal Osai
Akhbar berbahasa Tamil di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.

'Makkal Osai ialah sebuah akhbar harian berbahasa Tamil yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada akhbar Tamil yang utama dan no-1 di negara ini,[1] dan terkenal kerana liputannya yang meluas mengenai isu-isu masyarakat India Malaysia serta berita tempatan dan antarabangsa. Nama Makkal Osai bermaksud "Suara Rakyat" dalam bahasa Tamil.[2].[3]
Remove ads
Latar Belakang
Makkal Osai mula diterbitkan pada tahun 1981 sebagai satu cabang daripada akhbar harian Tamil Osai. Setelah berlakunya perpecahan pengurusan, Makkal Osai ditubuhkan sebagai entiti bebas. Ia kini beribu pejabat di Kuala Lumpur dan beredar secara meluas di seluruh negara, terutama di kawasan yang mempunyai komuniti India yang besar seperti Selangor, Perak, dan Pulau Pinang.
Kandungan dan Pengaruh
Akhbar ini menerbitkan pelbagai jenis kandungan termasuk berita semasa, politik, hiburan, sukan, dan rencana-rencana khas yang berkaitan dengan budaya dan isu-isu sosial masyarakat India Malaysia. Ia sering dilihat sebagai suara alternatif kepada akhbar Tamil lain seperti Malaysia Nanban dan Tamil Nesan
Makkal Osai juga dikenali kerana mengambil pendekatan kritikal terhadap isu-isu politik tempatan, dan kadangkala telah terlibat dalam kontroversi yang melibatkan tokoh-tokoh politik utama negara.
Remove ads
Penerbitan
Makkal Osai diterbitkan dalam format cetak harian dan juga mempunyai kehadiran dalam talian melalui laman web rasminya, yang menyediakan berita digital untuk pembaca dalam dan luar negara.
Kontroversi
Akhbar ini pernah ditarik permit beberapa kali disebabkan oleh laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007, dan laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.[4]
Rujukan
Sumber
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads