Maktab Rendah Sains MARA Sultan Azlan Shah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Maktab Rendah Sains MARA Sultan Azlan Shah (singkatan: MRSM SAS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuala Kangsar di negeri Perak. Sebelum ini, MRSM SAS dikenali dengan nama Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar[1].
Remove ads
Sejarah
Penubuhan maktab
MRSM Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 50 ekar terletak di Lot 2344, Liman Kati, Mukim Kota Lama Kiri, daerah Kuala Kangsar. MRSM ini mula beroperasi pada 6 Julai 2015 dengan kumpulan pertama staf pengurusan dan pentadbiran seramai 36 orang di bawah pimpinan Pengetua, Tuan Haji Shahrome bin Daud (2015-2017). Beliau merupakan anak jati kelahiran Mukim Kota Lama Kiri.
Di awal penubuhannya MRSM SAS dikenali dengan nama MRSM Kuala Kangsar. MRSM ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Pengambilan pelajar kumpulan pertama tingkatan satu seramai 365 orang telah mendaftar pada 27 Julai 2015.Pelajar-pelajar ini terdiri daripada 184 orang pelajar MRSM Sultan Azlan Shah dan 181 orang pelajar MRSM Sg. Besar Ulul Albab (penempatan sementara).
Remove ads
Lagu rasmi
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads