Mandril

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mandril
Remove ads

Mandril ialah sejenis mawas yang terdapat di hutan-hutan hujan Afrika, iaitu dari Cameroon ke Guinea. Nama sainsnya Mandrillus sphinx.[4] Mandril ialah spesies monyet yang terbesar di dunia.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Ciri-ciri fizikal

Mawas ini mempunyai warna kulit yang berbeza-beza antara coklat tua dengan kelabu zaitun. Jantan dewasa mempunyai hidung merah terang dan pipi biru, serta punggung biru. Warna-warna betina dan anak-anak adalah lebih pudar. Mandril mempunyai kantung pipi yang boleh menyimpan banyak makanan.

Cara hidup

Mandril hidup dalam kelompok keluarga yang terdiri daripada seekor jantan dewasa, banyak ekor betina, dan anak-anak. Kekadangnya, kelompok ini akan bergabung dengan kelompok yang lain. Mandril tidur di atas pokok pada waktu malam.

Beruk betina melahirkan seekor anak selepas 5 hingga 7 bulan. Anak-anak betina akan mengikut kelompok keluarganya, sedangkan beruk jantan akan meninggalkan kelompok untuk menghabiskan masa pada diri sendiri, walaupun beruk jantan akan mencari makanan bersama-sama dengan kelompoknya.

Remove ads

Makanan

Mandril ialah haiwan omnivor, dan makan haiwan yang kecil, termasuk labah-labah, siput, cacing, semut, dan vertebrat-vertebrat yang kecil. Beruk ini juga makan rumput, herba, tunas, kulit kayu, akar, dan buah-buahan. Beruk jantan makan di atas tanah, sedangkan beruk betina dan anak-anak makan di atas pokok.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads