Timbalan Perdana Menteri Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Remove ads

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Ia merupakan jawatan yang tidak terkandung dalam Bab 3 Badan Eksekutif Perkara 43 Jemaah Menteri dalam Perlembagaan Malaysia.[2] Jawatan ini dilantik secara konvensyen sahaja. Setiap Timbalan Perdana Menteri diwajibkan untuk memegang jawatan Menteri dalam Jemaah Menteri sebagai syarat untuk dilantik ke jawatan tersebut. Kebiasaannya, Timbalan Perdana Menteri adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya seperti mana ketika Barisan Nasional menguasai Dewan Rakyat Malaysia. Mereka yang dilantik pula kebiasaannya adalah dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia juga layak untuk dilantik sebagai Menteri seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, oleh kerana tempoh maksima seseorang boleh menjawat jawatan sebagai Dewan Negara Malaysia adalah selama 6 tahun, menyebabkan mereka kurang sesuai untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Fakta Segera Gelaran, Anggota bagi ...

Namun, tidak semua daripada mereka berjaya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atas pelbagai sebab. Antara bekas Timbalan Perdana Menteri yang tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri termasuklah, Tun Musa Hitam yang bersara kerana tekanan politik, Tun Abdul Ghafar Baba juga bersara kerana tekanan politik penggantinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana dipecat ketika dalam jawatan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana Barisan Nasional kalah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan disebabkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir menerima nasib yang sama pada tahun 2015 apabila digugurkan dari senarai rombakan Kabinet Malaysia 2015 lalu. Beliau bagaimanapun akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini adalah seramai 14 orang. Penyandang terkini ialah Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof sejak 3 Disember 2022.

Remove ads

Kemudahan

Setiap Timbalan Perdana Menteri akan mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan kepadanya seperti kediaman rasmi, iaitu Sri Satria, penggunaan pesawat rasmi kerajaan yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia. Sebuah motor pengiring Unit Tindak Khas juga digunakan ketika mengiringi perjalanan ke suatu tempat untuk tujuan kerja rasmi.

Era Kemerdekaan Malaysia (1957-1970)

Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.Timbalan Perdana Menteri yang pertama ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Thumb

Era Pembangunan Malaysia (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein mempunyai seramai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-2 Ismail Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan iaitu pada 2 Ogos 1973. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Hussein Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-3.
Thumb

Era Perpaduan Malaysia (1976-1981)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3, jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi kosong selama kira kira 2 bulan. Kemudian pada 2 Mac 1976, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-4.
Thumb

Remove ads

Era Pemodenan Malaysia (1981-2003)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Mahathir Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-5, Tun Musa bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meletakkan jawatan. Timbalan Perdana Menteri ke-6, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba meninggal dunia pada 23 April 2006. Manakala Timbalan Perdana Menteri ke-7, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pula merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada Kerajaan. Susulan daripada pemecatan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Thumb Thumb Thumb

Remove ads

Era Pembangunan Modal Insan Malaysia Islam Hadhari (2003-2009)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, jawatan Timbalan Perdana Menteri mejadi kosong sekali lagi tetapi hanya selama 68 hari sahaja. Kemudian pada 7 Januari 2004 Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9.
Thumb

Remove ads

Era Transformasi 1 Malaysia (2009-2018)

Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan timbalan beliau yang pertama tetapi disingkirkan daripada jawatan tersebut pada 28 Julai 2015 atas sebab menegur cara beliau menangani isu 1Malaysia Development Berhad. Kemudian, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-11.
Thumb Thumb

Remove ads

Era Malaysia Baru (2018-2020)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7.[3] Penyandang terakhirnya ialah Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama sejak tahun 2018 hingga 2020 dan juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama selain dari parti Barisan Nasional.[4]
Thumb

Era Malaysia Prihatin (7 Julai 2021-16 Ogos 2021)

Perdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin pada asalnya tidak melantik sesiapa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan hanya dibantu oleh empat orang Menteri Kanan. Namun, selepas lebih setahun mengetuai Kerajaan Malaysia, beliau telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya.[5]
Thumb

Era Keluarga Malaysia (2021-2022)

Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri, beliau langsung tidak mempunyai seorangpun Timbalan Perdana Menteri sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama berkhidmat tanpa Timbalan Perdana Menteri Malaysia selain dibantu beberapa orang Menteri Kanan.

Era Malaysia Madani (2022-kini)

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim menamakan Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Dato Sri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Thumb Thumb

Senarai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Maklumat lanjut No., Tempoh ...

Garis masa

Fadillah YusofAhmad Zahid HamidiIsmail Sabri YaakobWan Azizah Wan IsmailAhmad Zahid HamidiMuhyiddin YassinNajib RazakAbdullah Ahmad BadawiAnwar IbrahimAbdul Ghafar BabaMusa HitamMahathir MohamadHussein OnnIsmail Abdul RahmanAbdul Razak Hussein

Pada tempoh berikut, merupakan tempoh ketika tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik:

1. 15 Januari 1976 — 2 Mac 1976: 47 hari ketika peralihan TPM ke-3 ke TPM ke-4 sewaktu era pentadbiran Tun Hussein Onn.
2. 16 Mac 1986 — 10 Mei 1986: 55 hari ketika peralihan TPM ke-5 ke TPM ke-6 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. 15 Oktober 1993 — 1 Disember 1993: 47 hari ketika peralihan TPM ke-6 ke TPM ke-7 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. 2 September 1998 — 8 Januari 1999: 128 hari ketika peralihan TPM ke-7 ke TPM ke-8 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5. 31 Oktober 2003 — 7 Januari 2004: 68 hari ketika peralihan TPM ke-8 ke TPM ke-9 sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
6. 9 Mei 2018 — 21 Mei 2018: 12 hari ketika peralihan TPM ke-11 ke TPM ke-12 sewaktu era pentadbiran ke-2 Tun Dr. Mahathir Mohamad.
7. 24 Februari 2020 — 7 Julai 2021: 499 hari ketika peralihan TPM ke-12 ke TPM ke-13 sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8. 16 Ogos — 2 Disember 2022: 473 hari ketika peralihan TPM ke-13 ke TPM ke-14 sewaktu era pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri

Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang bertukar, dipecat atau meninggalkan parti politik

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)       Parti Keadilan Rakyat (PKR)       Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)       Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)       Parti Negara (NATIONAL)       Bebas8

Maklumat lanjut No., Nama ...

-*Penarikan diri Hussein Onn daripada UMNO dan IMP adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-**Pemecatan Mahathir Mohamad pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-***Penarikan diri Mahathir Mohamad daripada UMNO pada Era Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak adalah selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-****Pemecatan Musa Hitam pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri

Senarai bekas Timbalan Perdana Menteri yang masih hidup

Rujukan

Lihat juga

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads