Mano Maniam

Pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara dan penulis Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mano Maniam (15 November 1945 – 30 Mei 2025) merupakan seorang pelakon, pengarah, guru drama, pelakon suara dan penulis Malaysia yang kerjayanya telah melangkaui hampir lima dekad. Beliau terkenal dengan hasil kerjayanya di televisyen, filem dan teater.[2] Selain itu, beliau juga ialah antropologi kebudayaan dan banyak mengkaji kebudayaan Malaysia.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1965. Pada tahun 1982, beliau menjayakan pementasan teater Shakuntala yang turut dibintangi oleh Huzir Sulaiman dalam penampilan teater pertamanya.

Pada tahun 1990, Mano memegang watak S. Supermaniam dalam filem Mat Gelap arahan Zarul Albakri, yang turut menampilkan animator, Hassan Muthalib. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan Mano memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-9.

Beliau pernah meminjamkan suaranya sebagai Tok Din dalam versi bahasa Inggeris siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau paling dikenali umum sebagai salah seorang pelakon sitkom Kopitiam yang bersiaran di ntv7 dari 1999 hingga 2003.[4]

Mano pernah memegang watak kecil dalam siri TV British, Indian Summers yang difilemkan di Pulau Pinang.[5]

Remove ads

Kematian

Beliau meninggal di rumahnya di Kuala Lumpur pada 30 Mei 2025.[6]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads