Mardi Gras
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mardi Gras [ˈmɑːrdi ˌɡrɑː, mar-di gra] difahamkan sebagai suatu perayaan besar-besaran bermula pada atau selepas perayaan Epifani (Epiphany atau Three Kings Day- "Hari Tiga Raja") lalu memuncak pada hari Selasa mengambang sebelum Rabu Abu (Shrove Tuesday). Nama perayaan itu sendiri daripada istilah bahasa Perancis bermaksud "Selasa Gemuk" yang merujuk kepada amalan memakan makanan berlemak sebelum berpantang dan berpuasa dalam tempoh khusus dpanggil Lent. Karnival merupakan acara yang penting di negara-negara bermazhab Anglikan dan Katolik.[1]

Tempoh keraian perayaan ini berbeza di banyak tempat mengikut adat yang lazim dalam kalangan masyarakat setempat. New Orleans, negeri Louisiana, Amerika Syarikat misalnya merangkum Mardi Gras dalam seluruh tempoh dari Twelfth Night (malam terakhir Krismas memulakan Epifani) sampailah ke Rabu Abu,[2][3] manakala ada sesetengah tempat yang meraikan karival selama tiga hari sebelum hari Rabu tersebut.[4] Bahkan, ada juga sesetengah masyarakat yang mengadakan perarakan ini pada Tahun Baru.[3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads