Mario Kempes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mario Alberto Kempes Chiodi (Sebutan Sepanyol: [ˈmaɾjo alˈβeɾto ˈkempes ˈtʃjoði], Itali: [ˈkjɔːdi]; tarikh lahir 15 Julai 1954) ialah bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan Argentina yang bermain sebagai striker atau pemain tengah penyerangan. Kempes merupakan salah satu daripada penjaring gol paling berpengaruh di Amerika Selatan. Beliau berjaya mendapat gelar sebagai penjaring gol terbanyak La Liga dua kali bersama Kelab Valencia dengan jaringan gol 116 dalam 184 perlawanan.
Pada kerjaya antarabangsa, Kempes ialah pembeza dalam kemenangan pasukan kebangsaan Argentina di Piala Dunia 1978. Dalam pentas akhir beliau berjaya menjaringkan dua gol yang menghantarkan negaranya ke atas kejayaan dan menerima Kasut Emas sederum memenangi Bola Emas kejohanan itu. Kempes ialah salah satu daripada tiga pemain yang telah memenangi ketiga-tiga anugerah dalam satu acara Piala Dunia, bersama-sama dengan Garrincha pada tahun 1962 dan Paolo Rossi pada tahun 1982.
Kempes memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik Amerika Selatan dan Pemain Bola Sepak Eropah Terbaik, Onze d'Or pada tahun 1978. Meskipun banyak pihak yang tidak mengakui gelaran dan kerjaya antarabangsa, kerana Piala Dunia 1978 disyak akan kontroversi.
Selepas persaraan beliau dari pasukan kebangsaan, Kempes bermain di kelas divisyen tertinggi Indonesia masa itu dengan menyertai Pelita Jaya FC pada musim 1993-94 dan menyertai semula sebagai jurulatih untuk 1995–96. Pada tahun 2004, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 125 pemain bola sepak terbaik yang masih hidup sebagai sambutan daripada ulang tahun ke-100 FIFA.[2] Beliau meneruskan kerjayanya di dunia sukan dengan menjadi ahli analisis ESPN Deportes dan pelakon suara untuk francais EA Sports FC dalam bahasa Sepanyol.
Kempes mendapat nama gelar, El Toro dan El Matador dan digelari salah satu daripada 3 pemain yang diakui sebagai Legenda Argentina, 2 Pemain lainnya ialah Diego Maradona dan Lionel Messi.
Remove ads
Pencapaian
Rosario Central
- Naib juara Primera División Argentina: Metropolitano 1974, Nacional 1976
Valencia
- Copa del Rey: 1978–79
- Piala Juara UEFA: 1979–80
- Piala Super UEFA: 1980
River Plate
- Primera División: Nacional 1981
Pelita Jaya
- Galatama: 1993–94[3]
Argentina
Individual
- Penjaring gol terbanyak Primera División Argentina: Nacional 1974, Metropolitan 1976
- Piala Pichichi: 1977, 1978
- Kasut Emas Piala Dunia FIFA: 1978
- Bola Emas Piala Dunia FIFA: 1978[4]
- Piala Dunia FIFA, All-Star Team: 1978
- Ballon d'Or: 1978 - Le nouveau palmarès (sang johan baharu)[5]
- Onze d'Or: 1978
- Olimpia de Plata: 1978
- Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Tahun: 1978
- Penjaring gol terbanyak Piala Juara UEFA: 1979–80
- FIFA 100: 2004
- Pemain Terbaik Amerika Selatan Abad ini: Peringkat Nombor 23: 2006[6]
- Kaki Emas: 2007, bentuk pengakuan sebagai salah satu Legenda Bola Sepak[7]
- Estadio Mario Alberto Kempes: 2010, nama sebuah stadium di Córdoba, Argentina. Sempena kepada namanya.
- AFA Team of All Time (published 2015)[8]
- IFFHS Argentina All Times Dream Team (Team B): 2021[9]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads