Marrakesh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis, Arab: مراكش, rumi: murrākuš; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵎⵓⵔⴰⴽⵓⵛ, rumi: amurakušbahasa-bahasa Barbar Kategori:Rencana dengan[3]) ialah bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.
Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan benteng kubu merah terkenalnya sehingga dijolok "Kota Merah" (المدينة الحمراء, ville ocre) serta berkembang pesat sebagai suatu pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 menjadi tarikan terutamanya sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika itu.
Kota moden sinambungan kini masih merupakan pusat ekonomi dan perdagangan berpengaruh di negara tersebut. Ia menempatkan Jemaa el-Fnaa iaitu dataran paling sibuk di Afrika, malah pekarangan kotanya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1985.[4]
Remove ads
Penamaan
Maksud sebenar nama kota ini sangat dipertelingkahkan.[5] Satu kemungkinan asal nama tempat ini adalah daripada perkataan bahasa Amazigh ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ amur (n) akush yang bermaksud "Tanah Tuhan".[3] Ahli sejarah Susan Searight bagaimanapun berpendapat nama ini ada duluan dalam catatan manuskrip abad ke-11 di perpustakaan Qarawiyyin kota Fez di mana maknanya diberikan sebagai "negara anak-anak Kush".[6] Nama ini dibaratkan sama ada kepada "Marrakesh" dalam bahasa Inggeris[7][8] atau "Marrakech" dalam bahasa Perancis.[3]
Remove ads
Sejarah
![]() |
Geografi
Kota ini terletak di lembah sungai Tensift[9] yang melalui kawasan utara pinggir kota itu manakala lembah sungai Ourika terletak 30 km dari selatan kota; lembah Ourika sendirinya menjadi pemandangan tarikan utama di kota ini[10] selain gunung-ganang Atlas terlitup salji sejauh mata memandang pada musim sejuk.[11]
Suhu dan iklim
Marrakesh banyaknya beriklim separa gersang panas (kelas Köppen: BSh) dengan purata suhu berkisar antara 12 °C (54 °F) pada musim sejuk hingga 26–30 °C (79–86 °F) pada musim panas. Corak kerpasan musim sejuk dan musim panas yang agak basah di Marrakesh mencerminkan corak kerpasan yang terdapat di iklim Mediterranean namun curahan hujan setempat kurang sedikit daripada yang biasa ditemui dengan purata disukat 281.3 mm setahun dari 1961 hingga 1990.
Remove ads
Seni bina
Seluruh kota ini dikelilingi tembok pertahanan merah kejinggaan diperbuat daripada campuran tanah liat dan batu kapur memanjang sejarak lebih dua belas kilometer setinggi 19 kaki (5.8 m) membentuk suatu kompleks perbentengan. Tembok ini mempunyai 20 buah gerbang pintu (bab) termasuk Bab Agnaouyang utama serta 200 buah menara pemerhati.[17] Dalam kawasan kota lama juga terdapat sebanyak lapan buah gerbang pintu utama iaitu Bab Doukkala, Bab el-Khemis, Bab ad-Debbagh, Bab Aylan, Bab Aghmat, Bab er-Robb, Bab el-Makhzen dan Bab el-'Arissa dibina zaman Murabitun.[18][19]
Kekayaan bandar bersejarah ini turut dinampakkan dari banyak istana mahligai dan taman kebun bunga yang tersergam indah serata pelusuk kota ini.
Istana dan binaan bersejarah

Istana yang paling terkenal hari ini ialah Istana El Badi dan Istana Bahia serta Istana Diraja utama salah satu persemayaman rasmi Raja Maghribi.
Kota ini terkenal dengan rumah-rumah agama lama yang dibina mempunyai pekarangan kebun dalaman terbuka bertembok tinggi atau riad yang bertujuan melindungi isi penghuni dan mengawal suhu sekitar bangunan. [20] Banyak riad ini dibina paling tua sejak zaman Saadiah sampailah ke abad ke-19 dan ke-20.[21][19]
Masjid-masjid

Kota ini terkenal dengan banyak masjid hebat didirikan selama zaman kota ini. Masjid yang paling terkenal adalah Masjid Kutubiyya terletak di barat daya Jemaa el-Fnaa diasaskan pada tahun 1147 oleh khalifah Abd al-Mu'min dengan menaranya memuncak setinggi 77 meter dianggap sebagai mercu tanda penting kota tersebut.[22][19] Masjid Ben Youssef adalah masjid tertua dibina pada abad ke-12 menjadi tumpuan warga kota ini bersembahyang Jumaat.[23]
Pasar-pasar
Marrakesh banyak pasar terbuka yang mengkhusus kepada penjualan pelbagai barangan kraftangan dan tukangan budaya termasuk produk kulit haiwan, permaidani, alatan besi, tembikar dan barangan kesenian seperti lampu.[24] Tempat dagangan yang paling besar adalah di Jemaa el-Fnaa.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads