Marsyal Perancis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Marsyal Perancis
Remove ads

Marsyal Perancis (Perancis: Maréchal de France, plural Maréchaux de France) ialah satu penghormatan tentera di kontemporari Perancis, bukannya pangkat tentera. Ia telah dianugerahkan kepada jeneral-jeneral yang mencapai kejayaan luar biasa. Ia merupakan salah seorang Pegawai Besar Kerajaan Perancis sewaktu Ancien Régime dan zaman Pemulihan Bourbon dan salah seorang Pembesar Empayar sewaktu zaman Empayar Perancis Pertama (ketika itu gelaran bukan "Marsyal Perancis" tetapi "Marsyal Empayar").

Thumb
Baton moden Marsyal Perancis.
Thumb
Jata imperial marsyal Empayar Perancis Pertama putera Józef Poniatowski berserta Légion d'honneur, Order of the White Eagle, insignia Virtuti Militari.
Thumb
Insignia bahu Marsyal Perancis

Marshal Perancis memaparkan tujuh bintang. Marshal juga menerima sebuah baton, iaitu silinder biru berserta bintang, asalnya fleur-de-lis sewaktu pemerintahan monarki dan Helang semasa Empayar Perancis Pertama. Ia mempunyai tulisan Latin: Terror belli, decus pacis, yang bermaksud "keganasan perang, perhiasan keamanan".

Enam Marsyal Perancis telahpun dikurniakan pangkat yang lebih tinggi iaitu Marsyal Jeneral Perancis: Biron, Lesdiguières, Turenne, Villars, Saxe, and Soult.

Remove ads

Sejarah

Gelaran tersebut berasal dari jawatan marescallus Franciae yang dicipta oleh Raja Philip II Augustus of France untuk Albéric Clément (tahun 1190).

Gelaran tersebut telah dimansuhkan oleh Konvensyen Nasional pada tahun 1793. Ia telah dikembalikan semasa zaman Empayar Perancis Pertama oleh Napoleon I sebagai Marsyal Empayar. Dibawah dinasti Bourbon, gelaran tersebut ditukar kepada Marsyal Perancis dan Napoleon III mengekalkan gelaran itu.

Selepas kejatuhan Napoleon III dan Empayar Perancis Kedua, Republik Ketiga tidak menggunakan gelaran tersebut sehinggalah Perang Dunia I, apabila ia diwujudkan semula sebagai satu penghormatan tentera dan bukan sejenis pangkat.

Philippe Pétain, dianugerahkan gelaran kehormat Marsyal Perancis kerana kepimpinannya dalam Perang Dunia I, mengekalkan gelarannya walaupun selepas perbicaraan dan pemenjaraan dan selepas semua kedudukan dan pangkat beliau dilucutkan.

Marsyal Perancis terakhir sewaktu hidup ialah Alphonse Juin, dinaikkan pangkat pada tahun 1952, meninggal dunia pada tahun 1967. Marsyal Perancis yang terbaru ialah Marie Pierre Koenig, yang dilantik Marsyal selepas mati pada tahun 1984.

Hari ini, gelaran Marsyal Perancis hanya boleh dianugerahkan kepada jeneral yang berjuang dengan jayanya semasa perang.

Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads