Marwan bin Muhammad

From Wikipedia, the free encyclopedia

Marwan bin Muhammad
Remove ads

Marwan bin Muhammad atau Marwan II (688-750) ialah khalifah ke-14 kerajaan Bani Umaiyah yang memerintah dari tahun 744 hingga tahun 750 sebelum beliau terbunuh. Beliau ialah khalifah Umaiyah yang terakhir memerintah di Damsyik, Syria.

Fakta Segera Marwan bin Muhammad مروان بن محمد, Khalifah keempat belas Kerajaan Bani Umaiyah ...
Remove ads

Awal kehidupan

Semasa pemerintahan Hisham, Marwan telah dilantik sebagai gabenor Armenia. Pada tahun 735–736, beliau telah menakluk Georgia. Semasa penggulingan al-Walid II pada tahun 744 atau 745, beliau telah menasihati saudara-maranya di Armenia agar tidak menyokong pemberontakan ini demi menjaga keharmonian kerajaan, namun nasihatnya tidak diendahkan. Selepas kejatuhan al-Walid, beliau berkeinginan untuk menuntut jawatan khalifah namun sebaliknya khalifah baharu, Yazid III melantik beliau sebagai gabenor Mesopotamia Atas.

Remove ads

Pemerintahan

Selepas kematian Yazid, Ibrahim yang telah dinamakan sebagai pewaris khalifah telah menaiki takhta. Marwan mula mengejar semula impiannya dengan mengabaikan Ibrahim dan melantik dirinya sebagai khalifah. Ibrahim telah bersembunyi lalu meminta perlindungan keselamatannya daripada Marwan.

Marwan telah menamakan anaknya Ubaidallah dan Abdullah sebagai pewarisnya. Beliau telah melantik gabenornya dan meneruskan pemerintahannya dengan kekerasan namun gerakan anti-Umaiyah semakin berleluasa, terutamanya di Iran dan Iraq. Beliau lebih menumpukan pemerintahannya ke arah usaha untuk menguatkan semula kekuasaan Umaiyah. Beberapa operasi ketenteraan mula digerakkan di Homs dan Mosul bagi mengalahkan pemberontak Khawarij. Perselisihan dalaman juga tercetus di Khurasan yang dibangkitkan oleh kelompok Abbasiyah.

Marwan juga memulakan operasi ketenteraan di Mesir bagi menamatkan pemberontakan Bashmur namun menemui kegagalan. Kelompok Abbasiyah pula berjaya menduduki Hijaz. Marwan juga mengalami kekalahan teruk daripada As-Saffah dalam Pertempuran Zab yang menyaksikan 300 ahli keluarganya meninggal dunia. Marwan kemudiannya melarikan diri dari Damsyik hingga ke Mesir, di mana beliau ditangkap dan dibunuh. Pewarisnya iaitu Ubaidallah dan Abdullah melarikan diri ke Eritrea, namun Abdullah terbunuh dalam pertempuran di sana.

Kematian Marwan menandakan berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyah sebagai khalifah umat Islam. Ahli keluarga Umaiyah di Damsyik kemudiannya dibunuh beramai-ramai oleh kelompok Bani Abbasiyah, kecuali Abdul Rahman yang berjaya melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan pemerintahan Umaiyah di sana.

Remove ads

Rujukan

  • Muhammad ibn Jarir al-Tabari History, v. 26 "The Waning of the Umayyad Caliphate," transl. Carole Hillenbrand, SUNY, Albany, 1989
  • Sir John Glubb, The Empire of the Arabs, Hodder and Stoughton, London, 1963
Maklumat lanjut Gelaran Sunnah Islam, Gelaran pemerintah ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads