Matcha

Serbuk teh hijau Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia

Matcha
Remove ads

Matcha[i] (抹茶, disebut [mat.tɕa]) adalah serbuk halus daun teh hijau yang diproses khas; tumbuhan Camellia sinensis ditanam di bawah teduhan[1][2][3] menghasilkan lebih banyak teanina dan kafeina. Serbuk matcha dibancuh dengan air panas[4] atau susu panas sebelum diminum. Ia banyak dihasilkan di Jepun.[5]

Fakta Segera Jenis, Nama lain ...

Jenis teh ini berasal dari China dan disebarkan ke Jepun semasa dinasti Song oleh seorang sami Zen bernama Eisei pada 1214; beliau menulis buku bertajuk Kissa Yōjōki (喫茶養生記) yang menerangkan cara daun-daun teh dipetik pada waktu pagi, dikukus serta-merta dan dipanggang kering selama semalaman.[6] Jenis teh ini dihentikan penghasilannya di China oleh Maharaja Zhu Yuanzhang yang memerintah Dinasti Ming; orang Jepun masih meneruskan pembuatan jenis teh tersebut.[7]

Fakta Segera Nama bahasa Cina, Cina ...
Remove ads

Penghasilan

Ia adalah khusus dalam dua aspek pertanian dan pemprosesan: tumbuhan teh hijau untuk matcha adalah teduh-tumbuh selama kira-kira tiga minggu sebelum musim menuai dan batang dan urat dikeluarkan dalam pemprosesan. Gabungan bahan kimia ini dianggap sebagai pertimbangan untuk orang-orang tenaga yang tenang mungkin merasa dari minum matcha.

Pokok-pokok teh ditutup menggunakan kain serau selama 2-3 minggu.[2] Daun-daun pucuk teh yang dipetik selepas penumbuhan ini disebut tencha (碾茶); tencha dikukus pada suhu 100 °C selama 10–15 saat untuk melembutkan dan mematikan enzim pengoksidaan. Daun-daun ini kemudiannya dikeringkan dalam mesin pada 170–200 °C dan dihamparkan dalam tali sawat yang membawa ke alat penggiling.[8]

Remove ads

Penyediaan

Orang Jepun minum matcha selepas makan kuih. Air matcha dibancuh dengan menceduk serbuk teh menggunakan sudu khas (茶杓, chashaku) ke dalam mangkuk besar (茶碗, chawan) dan dikacau menggunakan pemukul buluh (茶筅, chasen) sehingga sebati.[9]

Air matcha ada jenis yang pekat berbuih (薄茶, usucha) dan jenis yang cair (薄茶, koicha);[10] minuman usucha dibancuh dengan air yang bersuhu lebih panas daripada minuman koicha.[11]

Remove ads

Nota

  1. "Matcha" daripada perumian Hepburn perkataan まっちゃ maccha, perumian kunrei-shiki (ISO 3602)-nya adalah "mattya". "Maccha" adalah perumian yang tidak standard mahupun biasa.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads