Maya Matahari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Meyanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari atau Mya Ruslee (13 Mei 1976 – 18 Mac 2020) ialah seorang penyanyi, pelakon dan penyampai radio wanita Malaysia.[3] Beliau terkenal menerusi lagu "Matahari" dari album pertamanya dengan bertajuk sama. Pada tahun 2018, beliau membuat penampilan semulanya dalam rancangan TV realiti Gegar Vaganza musim kelima.
Remove ads
Kerjaya
Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Satu Jam Lagi" dengan lagu popular yang bertajuk Matahari. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata".[4] Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan. Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.[5] Beliau juga merupakan pelakon pengalih suara Bahasa Melayu bagi watak Sakura dalam siri animasi Jepun, iaitu Cardcaptor Sakura.
Pada tahun 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru "Perlu Ada Setia" dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim kelima.[perlu rujukan]
Gegar Vaganza 2018
Maya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Beliau telah memenangi tempat kelima sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000. Beliau sebelum ini juga pernah memohon untuk menyertai Gegar Vaganza sebanyak 4 kali, namun ditolak sebelum diterima sebagai peserta musim kelima.[6][7][8] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 6 tahun apabila bercerai Ogos 2015. Pasangan ini tidak mempunyai cahaya mata.[9]
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 18 Mac 2020 di Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor akibat penyakit kanser tisu pada usia 43 tahun. Beliau disahkan menghidap kanser tisu selepas menyertai Gegar Vaganza 5 dan pernah menjalani rawatan di China.[10][11][12][13]
Diskografi
Album studio
- Satu Jam Lagi (1995)
- Sinar Cinta Mu (1997)
Album mini
- Mata (2012)
Single
- "Satu Jam Lagi"
- "Diari Biru"
- "Matahari"
- "Si Dia"
- "Diari Biru 2"
- "Perlu Ada Setia"
Filemografi
Filem
- Gemerlapan (1997)
- Baik Giler!! (2012)
- Zaiton: Ceritaku (2012)
- Kau Takdirku (2017) (filem terakhir)
Telefilem
- Misteri Banglo Putih (2002)
- Kordi & Kornah (2002)
- Pusaraku Pelamin Ayah (2006)
- Mek Salmah Dari Scotland (2007)
- Kepok & Nisan (2010)
- Mek Salmah Ratu Budu (2013)
- Nenek Ranggi (2014)
- Menantu Saat Adik Supiat (2015)
- Jatuh Cinta Buta (2016)
Drama
- Sambal (1995-1996)
- Aspirasi Impian
- Kisah Benar (musim 22) - episod: "Ikat Perut" (2003)
- Ta'in (2008)
- Akukah Tanggang (2008)
- Ejen 008 (2009)
- Anak Betong (2009)
- Cucu Betong (2009-2010)
- Isteriku Bukan Queen Control (2009-2010)
- Esah Pajero (2012)
- Playboy Itu Suami Aku (2013)
Animasi
- Cardcaptor Sakura (2001) - sebagai pelakon suara.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads