Mesin juruwang automatik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.


Dicipta oleh IBM, mesin ATM pertama diperkenalkan pada Disember 1972 di Lloyds Bank di UK. Pada kebanyakan mesin ATM moden, identiti pelanggan dikenal pasti melalui kad ATM yang dilengkapi jalur magnetik atau kad pintar dengan cip, yang mengandungi maklumat nombor kad serta beberapa maklumat keselamatan seperti tarikh luput atau kod CVVC (CVV). Pengesahan dilakukan dengan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN).
Melalui mesin ATM, pengguna boleh mengakses akaun bank mereka untuk melakukan pengeluaran wang, pembayaran kad kredit, pemindahan wang ke akaun lain serta semakan wang baki. Sesetengah mesin ATM turut menyediakan khidmat pembelian kredit telefon bimbit, penambahan nilai kredit kad Touch 'n Go serta pembayaran bil utiliti. Terdapat juga mesin ATM khusus untuk tujuan memasukkan wang yang dikenali sebagai mesin deposit wang (CDM).
Remove ads
Lokasi


ATM bukan sahaja ditempatkan di kawasan premis bank, tetapi turut ditempatkan di lokasi tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, lapangan terbang, kedai serbaneka, stesen minyak, serta di institusi pengajian tinggi.
Kebanyakan mesin ATM mempunyai papan tanda di atasnya yang menandakan nama bank yang memiliki mesin ATM tersebut serta rangkaian ATM yang disambungkan (seperti MEPS di Malaysia). Penggunaan rangkaian ATM membolehkan pengguna bank lain mengeluarkan wang pada mesin ATM yang berbeza dengan mengenakan caj perkhidmatan.
Remove ads
Perkakasan

Sesebuah mesin ATM terdiri daripada peranti-peranti berikut:
- CPU (untuk mengawal antara muka pengguna serta peranti transaksi)
- Pembaca magnetik dan/atau kad pintar (untuk mengenal pasti pengguna)
- Papan kekunci PIN (menyerupai susunan papan kekunci pada telefon atau mesin kira)
- Pemproses penyulitan keselamatan.
- Paparan (digunakan oleh pengguna bagi melakukan transaksi)
- Kekunci fungsi (di bahagian sisi paparan) atau skrin sentuh (digunakan untuk memilih beberapa aspek transaksi)
- Pencetak rekod (untuk mencetak slip transaksi pengguna)
- Peti besi (untuk menyimpan bahagian yang memerlukan capaian keselamatan)
- Perumah
Akhir-akhir ini, berikutan permintaan perkomputeran yang lebih tinggi serta kejatuhan harga seni bina menyerupai komputer, mesin ATM kini beralih daripada seni bina perkakasan khusus menggunakan pengawal mikro serta litar bersepadu aplikasi khusus kepada seni bina perkakasan menyerupai komputer peribadi, seperti sambungan USB untuk persisian, rangkaian ethernet dan komunikasi IP, serta penggunaan sistem pengendalian komputer peribadi. Walaupun penggunaannya lebih murah daripada perkakasan jenis lama, ia menyebabkan mesin ATM terdedah kepada masalah yang sering kali dikaitkan dengan komputer peribadi biasa.

Mekanisme yang terdapat pada peti besi mesin ATM termasuklah:
- Mekanisme pengeluaran (untuk menyediakan wang tunai)
- Mekanisme deposit seperti modul pemprosesan cek atau penerima wang kertas pukal (untuk membolehkan pengguna memasukkan wang)
- Sensor keselamatan (magnetik, haba, seismik, gas)
- Kunci (untuk memastikan capaian terkawal terhadap kandungan peti besi)
- Sistem jurnal; boleh jadi elektronik (peranti ingatan kilat berasaskan piawaian proprietari) atau peranti keadaan pepejal (pencetak sebenar) yang menyimpan kesemua rekod aktiviti termasuklah masa penggunaan, bilangan wang kertas yang dikeluarkan, dsb.
Remove ads
Perisian
Dengan penghijrahan kepada perkakasan PC, sistem pengendalian komersial piawaian serta persekitaran pengaturcaraan boleh digunakan pada mesin ATM. Pelantar biasa yang sebelum ini digunakan pada pembangunan ATM termasuklah RMX atau OS/2. Kini, sebahagian besar mesin ATM di seluruh dunia menggunakan OS Microsoft terutamanya Windows XP Professional atau Embedded.
Sebilangan kecil mesin masih menggunakan versi lama seperti Windows NT, Windows CE atau Windows 2000. Vista pula masih belum diterima secara meluas pada mesin ATM.[perlu rujukan] Terdapat satu pandangan dari sudut keselamatan industri komputer atau persefahaman bahawa sistem pengendalian meja mempunyai risiko yang lebih besar sebagaimana sistem pengendalian untuk mesin pengeluaran wang berbanding sistem pengendalian jenis lain seperti sistem pengendalian masa nyata (RTOS). RISKS Digest mempunyai banyak rencana berkenaan kelemahan sistem pengendalian mesin juruwang automatik.[1]

Linux juga memperoleh sedikit penerimaan dalam pasaran ATM. Satu contoh utama ialah Banrisul, bank terbesar di selatan Brazil, yang menggantikan sistem pengendalian MS-DOS lama kepada Linux. Banco do Brasil turut berhijrah kepada penggunaan Linux.
Dengan peralihan mesin ATM kepada persekitaran perkomputeran bertaraf industri, kebimbangan mengenai kewibawaan perisian ATM telah meningkat.[2]
Lihat juga
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads