Mia Ahmad

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mia Ahmad
Remove ads

Samihah "Mia" Ahmad Baderi (lahir 22 Februari 1988) merupakan seorang pelakon wanita dan model bebas Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan di TV3.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Mia dilahirkan sebagai Samihah binti Ahmad Baderi di Taiping, Perak kepada keluarga warisan Perak dengan keturunan jauh Pattani. Beliau ialah anak keempat daripada lima adik-beradik dan mendapat pendidikannya di SMK Treacher Methodist Girls School dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya

Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebagai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsia X dan Emirates Airline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air. Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV. Beliau muncul dalam iklan Oral B dan Nestle Nan Grow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Selepas mendapat peranan sampingan dalam beberapa drama televisyen, beliau mendapat peranan pertamanya dalam siri drama Ku Tak Rela untuk slot Azalea (TV3) [2] diikuti oleh drama untuk siaran di Slot Akasia TV3, Hati Perempuan bersama Saharul Ridzwan.[3]

Mia juga dahulu merupakan duta jenama tudung, MumuScarves dan produk kecantikan, Pesona Ayu Skincare. Kini, beliau telah mengasaskan produk kecantikannya sendiri yang diberi label Absolue by Mia Ahmad. Setakat ini, Absolue by Mia Ahmad telah melancarkan dua produk, iaitu minyak wangi yang diberi nama Sweetness by Mia Ahmad dan celak mata yang bernama Kohl Lashes by Mia Ahmad. Satu lagi jenama iaitu tudung yang berumbai di bawah label Tassel by Mia Ahmad.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 13 Januari 2017 jam 10:18 pagi, dengan sekali lafaz, Mia Ahmad telah diijabkabulkan dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi yang tiga tahun lebih muda daripadanya.[4] Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Baderi Mohamad.[4]

Pada 28 September 2018, Mia dan Izham dikurniakan anak lelaki.[5][6] Anak kedua beliau, iaitu anak perempuannya dilahirkan pada 19 Jun 2020.[7][8] Beliau juga melahirkan seorang lagi anak perempuan pada 17 Januari 2023 yang merupakan anak ketiga beliau. Pada 21 Mei 2024, beliau telah selamat melahirkan anak keempat iaitu seorang lagi anak lelaki.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Muzik Video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Jenama ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Endorsmen

  • Ashhannas
  • MumuScarves
  • Pesona Ayu Skin Care
  • OLI Candy
  • Hajarose KL Hair Mist
  • Tonton
  • Audela Adore Collagen
  • Skinelle Skin Care

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads