Migrain

From Wikipedia, the free encyclopedia

Migrain
Remove ads

Migrain ialah gangguan neurologi umum dengan kemungkinan gejala utamanya sakit kepala yang teruk dan berulang.[2] Lazimnya, sakit kepala tersebut mengganggu satu sisi kepala dengan sifatnya yang berdenyut, dengan keamatan yang sederhana sehingga teruk, dan boleh bertahan dari beberapa jam sehingga tiga hari.[2] Gejala selain sakit kepala mungkin termasuk loya, muntah dan sensitif terhadap cahaya, bunyi atau bau.[3] Kesakitan tersebut biasanya menjadi lebih teruk dengan berlakunya serangan migrain selepas senaman fizikal,[11] walaupun senaman fizikal yang kerap boleh menghalang serangan migrain pada masa depan.[12] Sehingga satu per tiga orang yang terganggu dengan migrain mempunyai simptom aura, yakni tempoh gangguan penglihatan yang biasanya singkat yang menandakan bahawa sakit kepala akan berlaku tidak lama lagi.[11] Kadangkala, aura boleh berlaku dengan kemudiannya sedikit sehingga hampir tiada sakit kepala berlaku, tetapi tidak semua orang mempunyai simptom seperti ini.[13]

Fakta Segera Keterangan, Punca ...

Migrain dipercayai berpunca daripada campuran faktor persekitaran dan genetik.[1] Kira-kira dua per tiga daripada kes berlaku disebabkan ada sejarah penyakit tersebut di kalangan ahli keluarga.[5] Pengubahan aras hormon juga mungkin memainkan peranan, kerana migrain memberi kesan lebih sedikit pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan sebelum pembalighan, manakala ia berlaku dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.[4][14] Risiko migrain biasanya berkurangan semasa mengandung dan selepas putus haid.[4][15] Mekanisme asas tidak diketahui sepenuhnya.[15] Walau bagaimanapun, ia dipercayai melibatkan saraf dan saluran darah otak.[5]

Rawatan awal yang disyorkan adalah dengan pengambilan ubat sakit ringkas seperti ibuprofen dan parasetamol (asetaminofen) untuk sakit kepala, pengambilan ubat anti-loya, serta pengelakkan punca cetusan serangan migrain.[10] Ubat-ubatan khusus seperti triptan atau ergotamina boleh digunakan oleh mereka yang masih lagi migrain selepas mengambil ubat sakit ringkas.[5] Kafein dalam kombinasi dengan bahan analgesik lain adalah selamat dan berkesan dalam rawatan migrain akut.[16][17][18]

Kira-kira 15% penduduk di serantau dunia terganggu dengan migrain.[19] Dalam Kajian Beban Global Penyakit yang dijalankan pada tahun 2010, migrain disenaraikan sebagai gangguan ketiga paling lazim di dunia.[20] Ia selalunya bermula pada seawal usia akil baligh dan paling teruk semasa usia pertengahan.[2] Sehingga ke tahun 2016, ia merupakan salah satu punca kecacatan yang paling biasa.[21] Huraian terawal yang berkait rapat dengan migrain terkandung pada kertas papirus Ebers, yang ditulis sekitar 1500 SM sewaktu zaman Mesir purba.[22] Perkataan migrain berasal dari bahasa Yunani ἡμικρᾱνίᾱ (hēmikrāníā), 'sakit pada separuh bahagian kepala', [23] yang terdiri daripada ἡμι- (hēmi-), 'separuh' dan κρᾱνίον (krāníon), 'tengkorak'. [24]

Remove ads

Tanda dan gejala

Migrain lazimnya disertai dengan sakit kepala teruk yang terhad dan berulang yang dikaitkan dengan gejala autonomik.[5][25] Kira-kira 15–30% orang yang hidup dengan migrain mengalami episod aura,[10][26] dan mereka juga kerap mengalami episod tanpa aura.[27] Keterukan kesakitan, tempoh lama sakit kepala, dan kekerapan serangan sering berubah-ubah.[5] Serangan migrain yang berlangsung lebih lama daripada 72 jam dikenali sebagai status migrainosus.[28] Terdapat empat fasa yang mungkin berlaku semasa serangan migrain, walaupun tidak semua fasa perlu dialami:[11]

  • Prodrom, yang berlaku beberapa jam atau hari sebelum sakit kepala
  • Aura, yang segera mendahului sakit kepala
  • Fasa sakit, juga dikenali sebagai fasa sakit kepala
  • Pascadrom, kesan yang dialami selepas berakhirnya serangan migrain

Migrain dikaitkan dengan kemurungan utama, gangguan bipolar, gangguan kebimbangan dan gangguan obsesif-kompulsif. Gangguan psikiatri ini adalah kira-kira 2-5 kali lebih biasa pada orang tanpa pengalaman simptom aura, dan 3-10 kali lebih biasa pada orang yang mengalami simptom aura.[29]

Remove ads

Punca

Punca berlakunya migrain tidak diketahui.[30] Walau bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan dengan gabungan faktor persekitaran dan genetik.[1] Dua per tiga kes gangguan ini berlaku di kalangan ahli keluarga[5] dan jarang berlaku disebabkan oleh kecacatan gen tunggal.[31] Walaupun migrain pernah dipercayai lebih biasa berlaku pada mereka yang mempunyai kecerdasan tinggi, hal ini mungkin tidak benar.[32] Beberapa keadaan psikologi dikaitkan, termasuk kemurungan, kebimbangan, dan gangguan bipolar,[33] seperti juga banyak peristiwa atau pencetus biologi.

Remove ads

Pencegahan

Rawatan pencegahan migrain termasuk ubat-ubatan, suplemen pemakanan, perubahan gaya hidup dan pembedahan. Pencegahan disyorkan kepada mereka yang mengalami sakit kepala lebih daripada dua hari seminggu, tidak boleh bertolak ansur dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat serangan akut, atau mereka yang mengalami serangan teruk yang tidak mudah dikawal.[10] Perubahan gaya hidup yang disyorkan termasuk menghentikan penggunaan tembakau dan mengurangkan tingkah laku yang mengganggu tidur.[34]

Matlamat pencegahan adalah untuk mengurangkan kekerapan, kesakitan, dan tempoh episod migrain, dan untuk meningkatkan keberkesanan terapi abortif.[35] Alasan lain untuk pencegahan adalah untuk mengelakkan sakit kepala yang berpunca daripada terlebih makan ubat. Ini adalah masalah biasa dan boleh mengakibatkan sakit kepala harian yang kronik.[36][37]

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads