Hormon
sebatian kimia dirembeskan sel atau kelenjar sebagai isyarat kepada sel-sel lain organisma From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hormon (daripada perkataan Yunani Kuno, ὁρμῶν, "yang menggerakkan") merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.[1][2]

Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron), bergantung kepada sifat kimia.
Remove ads
Mekanisme
Secara umum, mekanisme hormon adalah seperti yang berikut:[3]
- Biosintesis hormon;
- Penyimpanan dan perembesan hormon;
- Pengangkutan hormon;
- Pengaktifan hormon yang membawa kepada gerak belas sel serta penyahaktifan hormon;
- Penguraian hormon.
Jenis hormon
Vertebrata
Hormon-hormon vertebrata seperti manusia lazimnya dibahagikan kepada jenis-jenis di bawah:
- asid amino seperti tirosina;
- peptida seperti insulin yang merupakan rantaian tiga ke ratusan asid amino;
- eikosanoid seperti prostaglandin yang diterbitkan daripada lipid;
- steroid seperti testosteron yang diterbitkan daripada kolesterol.
Tumbuhan
Hormon-hormon tumbuhan utama termasuklah auksin, asid absisik, sitokinin, etilena, and giberelin.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
