Miller Khan
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohamad Suhaemi bin Ali Dad Khan (lahir 30 Mac 1987) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau bermula membina kerjaya sebagai model iklan di Malaysia sebelum seterusnya membina nama sebagai pelakon di Indonesia.[2][3]
Remove ads
Kerjaya
Yasmin Ahmad merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Miller ke industri perfileman selepas mengambil beliau berlakon dalam iklan televisyen Petronas sempena Hari Kebangsaan 2003 yang berjudul "Becha Param". Miller berusia 16 tahun pada ketika itu. Setelah itu, beliau sekali menjadi pilihan Yasmin untuk muncul dalam filem pertamanya berjudul Sepet pada tahun 2005 di samping Sharifah Amani. Ketika itu Miller sering menghiasi kaca televisyen menerusi iklan komersial seperti Rexona dan Honda.
Nasibnya berubah setelah berhijrah ke Indonesia di usia 20 tahun pada tahun 2007. Setelah tiba di Jakarta, Miller sama sekali tidak sukar mencari peluang kerana dia terus ditawarkan sebagai bintang iklan produk mi segera bersama Luna Maya. Namanya popular di Indonesia setelah dalam waktu yang hampir bersama membintangi dua filem, Bukan Bintang Biasa dan Cintapuccino pada tahun 2007. Bahkan dalam Cintapuccino, Miller mendapat peranan utama lelaki mendampingi Sissy Priscillia.[4] Nama Miller semakin akrab bagi pencinta sinetron, ketika mendampingi Kirana Larasati dalam sinetron "Azizah".[5] Dia membintangi sinetron "Cinta dan Anugerah" bersama Nabila Syakieb dan Eva Anindhita. Pada tahun 2014, Miller kembali menghiasi drama televisyen Malaysia apabila berlakon di samping Remy Ishak dan Rita Rudaini dalam drama bersiri "Satu Hari". Namun kariernya masih berpusat di Indonesia.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Adik kandungnya, Aliff Ali merupakan pelakon remaja di Indonesia. Selain itu beliau juga mempunyai adik yang merupakan pelakon iaitu Farali Khan dan Isa Khan yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia.
Filemografi
Filem
Sinetron
Drama
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
