Isa Khan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan (lahir 18 Julai 1993) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2016.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau berdarah kacukan Cina-Pakistan.

Suatu masa dulu pernah timbul andaian dimana tercetus ekoran persamaan nama bapanya dengan pelakon, Sabrina Ali Dad Khan yang juga anak saudara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam.

"Lucu juga kerana kami memang tiada kaitan. Datuk Yusof bukan bapa saudara saya, manakala Syamsul dan Syafiq bukan sepupu saya. Mungkin orang menyangka kami mempunyai pertalian darah kerana persamaan nama bapa saya dan Sabrina.

Remove ads

Kerjaya

Akademi Fantasia

Isa merupakan salah seorang daripada 15 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016, di mana beliau menduduki tangga ke-14 dan tersingkir di konsert minggu kedua.[1] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isa menyanyikan lagu:

  1. "Terakhir" (Sufian Suhaimi)
  2. "Ketahuan" (Matta)

Kerjaya muzik

Beliau merakamkan single solo pertamanya bertajuk "Syurga Yang Sempurna" terbitan Music Valley pada Disember 2017.[2] Sebelum menyertai AF2016, beliau pernah membuat persembahan kugiran secara langsung di Kuala Lumpur dan Jakarta.

Bidang lakonan

Kerjaya lakonan Isa bermula dengan membintangi pementasan teater Putera La Galigo yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2018 di Stadium Melawati Shah Alam.[3]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau bertunang dengan pelakon Risteena Munim pada 23 November 2019.[4] Pasangan ini diijabkabulkan pada 12 Mac 2021.[5]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads