Minah Hashim
pelakon seniwati Melayu From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Aminah Hashim atau lebih dikenali sebagai Minah Hashim (1927 – 1973) merupakan seorang pelakon seniwati Melayu. Beliau dikenali setelah membintangi filem Masam-Masam Manis arahan P. Ramlee.
Remove ads
Kehidupan awal
Mak Minah atau nama sebenarnya Aminah binti Hashim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1927. Dia mula bergiat aktif di pentas bangsawan pada usia 11 tahun. Salah satu grup bangsawan yang disertainya ialah Bangsawan Aman Belon.[1]
Kerjaya
Mak Minah mengikat kontrak dengan Studio Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Tahun itu saja Mak Minah telah berlakon sebagai 4 buah filem di mana filem pertamanya berjudul Tangkap Basah, diikuti dengan Fajar Menyingsing, Ibu Ayam, dan Anak Manja. Selepas itu, Mak Minah terus berlakon dalam filem Tun Mandan, Hujan Darah, Jauh Di Mata, Sitora Harimau Jadian, Dajal Suchi, Masam-Masam Manis, Ragam P. Ramlee, Bumiputra, Gadis Langkawi, Do Re Mi, Keluarga 69, Anak Bapak, Ahmad Albab, Kanchan Tirana, Enam Jahanam, Keranda Jingga, Kembang Layu, Gelora dan terakhir Putus Sudah Kaseh Sayang.
Remove ads
Kematian
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1973 di usia 45 atau 46 tahun akibat kencing manis. Minah Hashim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6 Muar, Johor.
Filemografi
Filem
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads