Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin merupakan seorang atlet lumba basikal Paralimpik Malaysia. Beliau telah meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Para Trek UCI 2020 dalam acara 15 km scratch lelaki.[3] Selain itu, beliau pernah merangkul sebutir pingat emas, sebutir pingat perak dan sebutir pingat gangsa dalam Sukan Para ASEAN 2017 yang dianjurkan di Kuala Lumpur.[1] Beliau turut bertanding pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 dalam acara Pecut Berpasukan C 1-5 Lelaki dan berjaya merangkul pingat perak.[4] Beliau telah menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 yang dianjurkan di Tokyo dan mendapat tempat kelima dalam acara ujian masa individu lelaki C1 (lumba basikal lebuh raya).[5]

Fakta Segera Maklumat peribadi, Kewarganegaraan ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads