Mohammad Shtayyeh
Perdana Menteri Palestin (2019-2024) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohammad Ibrahim Shtayyeh (Arab: محمد اشتية) (lahir 17 Januari 1958) [2] adalah Perdana Menteri Negeri Palestin dan seorang pakar ekonomi. Beliau dilahirkan di Tell, Nablus, pada tahun 1958. Beliau mulanya memegang portfolio sebagai Menteri Pekerjaan Awam dan Perumahan dan Menteri Majlis Ekonomi Palestin untuk Pembangunan dan Pembangunan Semula dan memiliki gelaran Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan ekonomi dari Universiti Sussex. Beliau juga bekerja sebagai profesor dan dekan di Universiti Birzeit dan telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai hal ehwal ekonomi, politik dan sejarah.
Remove ads
Pendidikan
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi dari Universiti Birzeit pada tahun 1981. Kemudian, melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran (PhD) dalam bidang Institut Kajian Pembangunan dari Universiti Sussex, United Kingdom pada tahun 1989.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads