Mohd Ekhwan Toriman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan bin Haji Toriman (lahir 11 September 1969) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-12, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2021. [1] [2] Beliau merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM. [3] Pada 2 Februari 2025, Mohd Ekhwan mengumumkan beliau meletakkan jawatan atas tuduhan Fitnah dan tohmahan ke atasnya. [4] Pada 12 Februari 2025, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Darjah kebesaran yang diberikan oleh Beliau ditarik balik serta-merta bertujuan untuk menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan. [5]
Remove ads
Kerjaya akademik
Mohd Ekhwan ialah graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.[1][2][6][7]
Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari Universiti Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.[1][2][6][7]
Mohd Ekhwan juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).[1][2][6][7]
Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UKM ke-12 pada 1 Januari 2021 bagi menggantikan Mohd Hamdi Abd Shukor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada 1 November 2020.[1][2][6] Pelantikan ini menjadikan Mohd Ekhwan sebagai alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu.[3] Pada 3 Febuari 2025 beliau telah meletakkan jawatannya secara sukarelah akibat dari tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan sepanjang semasa dalam perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor.[8] Akibat daripada itu juga, pada 12 Febuari 2025, Istana Negeri Sembilan telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada beliau berkuatkuasa serta-merta.[9]
Remove ads
Anugerah
Negeri Sembilan :
, ditarik balik 12 Februari 2025) [9]Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan - Dato' (2019
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads