Mohd Jidin Shafee

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads


Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Jidin Shafee (lahir 4 April 1955) merupakan bekas Ahli Parlimen Setiu dan bekas ADUN Permaisuri.

Fakta Segera Yang BerbahagiaDatuk Haji, Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Permaisuri ...

Beliau dilahirkan pada 4 April 1955 di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama Datin Hajjah Zaimah Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) yang diambil ketika belajar di Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi. Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah pada tahun 2008.

Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 2001. Pada tahun 2007, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA (ABFM) Malaysia 2007.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohd. Pauzi Muda dengan majoriti sebanyak 7,232 undi. Beliau memperolehi 26,610 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 19,378 undi.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads