Mohd Zaki Mansur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Zaki Mansur
Remove ads

Mohd Zaki bin Mansur atau lebih dikenali dengan nama To'ki merupakah salah seorang penyanyi popular era 1990an yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik selain turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Lagu seperti Hampa, Selumbar, Biasan dan Seni Berzaman adalah sebahagian daripada deretan lagu popularnya pada era tersebut. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Fauzi Marzuki dan M. Nasir di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, Sheqal, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin. Ketika era kegemilangannya, To'ki pernah mewakili negara dalam Pertandingan Lagu Asia di Hanoi pada 1993 dan memenanginya.

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...

Beliau kini bergiat cergas dalam menulis runut bunyi untuk drama dan filem di Malaysia.

Remove ads

Kontroversi

To’ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga menyebabkan dia bertindak untuk menyaman akhbar itu. Pada tahun 2011, beliau dituduh meminta sedekah di Pasar Borong Selayang selain pernah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah [1].

Diskografi

Album studio

  1. To'ki (1991)
  2. To'ki 2 (1992)
  3. Bersawala (1994)
  4. Diri Ku Diri Mu (1996)
  5. Hujan Emas (1998)

Album kompilasi

  1. Kekanda (2005)

Album Duet/Kumpulan

  1. Mel & To'ki (1992)
  2. None: Satu Kelainan

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Pencapaian

Maklumat lanjut Tahun, Acara ...
Trivia
  • "Naluri Cinta" adalah merupakan lagu penyertaan beliau bersama Rohana Jalil pada AJL edisi 1994 bagi kategori Balada.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads