Moschidae

From Wikipedia, the free encyclopedia

Moschidae
Remove ads

Moschidae ialah keluarga ungulat berjari kaki genap Pecora, dengan rusa kasturi (Moschus) dan saudaranya yang telah pupus. Mereka dikenali kerana memiliki taring berbanding tanduk atau osikon, bersaiz sederhana (Moschus hanya mencapai berat 37 lb (17 kg), dengan taksa lain adalah lebih kecil) dan ketiadan kelenjar muka.[1] Rekod fosil keluarga berlanjutan hingga Oligosen lewat, sekitar 28 juta tahun yang lalu. Warga keluarga ini banyak terdapat di Eurasia dan Amerika Utara semasa zaman Miosen, tetapi selepas itu merosot kepada satu-satunya genus yang masih ada, Moschus, pada awal Pleistosen.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus jenis ...
Remove ads

Taksonomi

Hingga awal abad ke-21, Moschidae dianggap sebagai takson saudara Cervidae. Walau bagaimanapun, kajian filogenetik 2003 menunjukkan bahawa Moschidae dan Bovidae membentuk klad saudara dengan Cervidae, dengan pencapahan antara klad dan Cervidae berlaku kira-kira 27 hingga 28 juta tahun dulu.[2] Kladogram di bawah adalah berdasarkan kajian 2003 ini.[2]

Ruminantia
Tragulina

Tragulidae

Pecora

Antilocapridae

Giraffidae

Cervidae

Bovidae

Moschidae

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads