Muhtar Suhaili

pegawai eksekutif dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dr. Muhtar Suhaili (lahir 13 Ogos 1981) ialah seorang ahli korporat di Malaysia. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad[1][2][3][4] dan sebelumnya Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC Berhad [5][6][7], mantan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) [8][9] dan juga mantan Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) [10][11]. Terdahulu beliau pernah menjadi Ketua Jurutera Projek di Shell Malaysia dan sebelumnya Jurutera di Perodua Auto Corporation Sdn Bhd selain Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat dan Penasihat beberapa pertubuhan pendidikan. Muhtar juga merupakan Executive Committee (EXCO) The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) dan Penaung Manchester City Supporters Club Malaysia (MCSCM).

Fakta Segera Dr. Muhtar Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad ...

Selain itu, Muhtar juga merupakan Profesor Adjung di University College TATI (UC TATI), Ahli CEO@Faculty Programme (CFP) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), selain telah dilantik sebagai Penasihat Industri kepada beberapa institusi pengajian tinggi. Beliau merupakan Industry Advisory Panel (IAP) Curtin University Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL-MITEC), Industry Advisor (Malim Industri) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Industry Mentor @ Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ijazah Sarjana Teknologi Petroleum daripada Curtin University Australia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Selain itu, Muhtar telah mengikuti kursus-kursus kepimpinan eksekutif di Harvard Bussiness School dan Saïd Business School, University of Oxford.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads