Anugerah Pemain Terbaik Major League Baseball

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anugerah Pemain Terbaik Major League Baseball
Remove ads

Anugerah Pemain Terbaik Major League Baseball (bahasa Inggeris: Major League Baseball Most Valuable Player Award) atau disebut sebagai MVP, merupakan anugerah Major League Baseball yang disampaikan kepada pemain paling menyerlah di American League dan National League pada setiap tahun. Sejak tahun 1931, ia telah dianugerahkan oleh Baseball Writers Association of America (BBWAA). Pemenang akan memperoleh Kenesaw Mountain Landis Memorial Baseball Award. Anugerah ini bersempena Pesuruhjaya MLB pertama, Landis yang berkhidmat dari tahun 1920 sehingga 1944.[1] Pengundian MVP diambil kira sebelum memasuki postseason Major League Baseball. Keputusan akan diumumkan setelah berakhirnya Siri Dunia. BBWAA mengambil pilihan tiga penulis di setiap bandar liga pada tahun 1938. Mulai tahun 1961, mereka hanya mengambil dua orang penulis di setiap bandar liga.[2]

Thumb
Thumb
Aaron Judge dan Shohei Ohtani, masing-masing pemenang terkini bagi Anugerah Pemain Terbaik di American League dan National League (2025).

Posisi first basemen merangkul anugerah terbanyak iaitu seramai 34 orang pemenang dan merupakan posisi infielder terbanyak memenanginya. Seterusnya pula ialah second basemen (16), third basemen (15) dan shortstops (15). Jumlah pitcher yang meraihnya seramai 24 orang manakala 15 daripadanya ialah bertangan kanan dan selebihnya pula ialah pemain kidal. Hanya Walter Johnson, Carl Hubbell dan Hal Newhouser merupakan pitcher yang meraihnya lebih daripada satu kali. Newhouser merangkulnya sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 1944 dan 1945.[3] Stan Musial, Alex Rodriguez dan Robin Yount telah memenanginya di posisi yang berbeza.[3] Rodriguez juga menjadi satu-satunya pemain yang memenangi anugerah tersebut bersama dua pasukan berbeza dan di dua posisi berbeza.[4] Barry Bonds pula merupakan pemain yang memenangi anugerah terbanyak iaitu sebanyak tujuh kali. Beliau juga meraihnya terbanyak secara berturut-turut iaitu empat kali dari tahun 2001 hingga 2004.[5] Jimmie Foxx menjadi pemain pertama yang meraihnya lebih daripada sekali.[6] Terdapat sembilan orang pemain yang telah merangkulnya sebanyak tiga kali dan 19 orang pemain pula telah meraihnya sebanyak dua kali.[7]

Satu-satunya perkongsian mata berlaku pada tahun 1979 di National League apabila Keith Hernandez dan Willie Stargell meraih jumlah mata yang sama.[3][8] There have been 17 unanimous winners, meaning they received all the first-place votes.[2] Pasukan New York Yankees melahirkan pemain teramai untuk menerima anugerah ini iaitu seramai 22 orang. Pasukan St. Louis Cardinals menyusul di tempat kedua dengan 17 orang pemain. Pemenang terkini ialah Aaron Judge di American League dan Shohei Ohtani di National League.[9]

Remove ads

Petunjuk

Anggota Muzium dan Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan[10][11]
^
Pemain yang masih aktif[a]
§
Pemilihan sebulat suara[b][2]
P
Pitcher (RHP bermaksud bertangan kanan; LHP bermaksud kidal)
C
Catcher
1B
First baseman
2B
Second baseman
3B
Third baseman
SS
Shortstop
OF
Outfielder
DH
Designated hitter

Chalmers Award (1911–1914)

Thumb
Ty Cobb merangkul American League Chalmers Award pertama pada tahun 1911 dan beliau menjadi tumpuan kontroversi terhadap anugerah pada musim sebelumnya.

Sebelum musim 1910, Hugh Chalmers daripada Chalmers Automobile mengumumkan bahawa beliau akan menghadiahkan kereta Chalmers Model 30 kepada pemain yang mencatatkan purata pukulan tertinggi di penghujung musim Major League Baseball. Perebutan untuk meraih purata terbaik pada tahun 1910 di American League antara pemain Detroit Tigers yang tidak disukai ramai,[2][12][13] Ty Cobb dan pemain Cleveland Indians, Nap Lajoie. Pada hari terakhir musim, Lajoie memintas Cobb dalam rekod purata pukulan apabila beliau menghasilkan tujuh pukulan bunt ketika menentang St. Louis Browns. Presiden American League, Ban Johnson mengatakan bahawa pengiraan semula dilakukan dan mengesahkan Cobb tetap memenangi perebutan. Chalmers akhirnya menyerahkan kereta kepada kedua-dua orang pemain.

Pada musim berikutnya, Chalmers mengasaskan Anugerah Chalmers. Jawatankuasa penulis besbol bersama-sama pada hujung musim menentukan "pemain terpenting dan berguna kepada kelab dan liga". Sejak anugerah tersebut tidak berhasil mengiklankan Chalmers seperti yang diharapkan, ia tidak diteruskan selepas tahun 1914.[2]

Maklumat lanjut Tahun, Pemenang American League ...
Remove ads

League Awards (1922–1929)

Thumb
Babe Ruth tidak layak meraih anugerah ini ketika mempamerkan aksi cemerlang pada musim 1927 kerana peraturan anugerah American League yang tidak membenarkan pemenang sebelum ini meraihnya lagi. Hal ini disebabkan oleh Ruth memenanginya pada 1923.

Pada tahun 1922, American League menubuhkan anugerah baru untuk menghargai "pemain besbol yang hebat dalam segala khidmatnya kepada kelab".[18] Pemenang akan diundi oleh jawatankuasa yang terdiri daripada lapan penulis besbol dan dipengerusikan oleh James Crusinberry.[19] Pemenang juga memperoleh pingat gangsa dan hadiah wang tunai.[20] Pengundi dikehendaki untuk memilih seorang pemain daripada setiap pasukan. Pemain-pengurus dan pemenang anugerah sebelum ini dikecualikan. Masalah ini telah memaksa anugerah tersebut terpaksa dihentikan selepas tahun 1928. Anugerah bagi National League yang tidak berdepan sebarang halangan bertahan dari tahun 1924 sehingga 1929.[2]

Maklumat lanjut Tahun, Pemenang American League ...

Baseball Writers Association of America's Most Valuable Player (1931–kini)

Anugerah BBWAA untuk pemain terbaik buat julung kalinya selepas musim 1931. Anugerah ini menggunakan format National League untuk mengagihkan anugerah liganya. Seorang penulis di setiap bandar liga akan mengisi undian yang terdiri daripada sepuluh tempat. Sepuluh mata akan diberikan kepada penerima di undian tempat pertama, sembilan mata untuk pemain di tempat kedua dan seterusnya. Pada tahun 1938, BBWAA telah menaikkan jumlah pengundi kepada tiga orang di setiap bandar dan 14 mata diberikan kepada pemain di tempat pertama. Perubahan ketara berlaku pada tahun 1961 apabila bilangan pengundi berkurang kepada dua orang di setiap bandar liga.[2]

Thumb
Jimmie Foxx merupakan pemain pertama yang memenangi tiga anugerah MVP.
Thumb
Willie Mays memenangi anugerah ini pada tahun 1954 dan 1965 ketika mewakili pasukan sama tetapi di bandar yang berbeza.
Thumb
Barry Bonds meraih anugerah MVP sebanyak tujuh kali dan menjadi peraih anugerah terbanyak berbanding mana-mana pemain lain.
Thumb
Alex Rodriguez meraih anugerah ini bersama dua pasukan berbeza ketika beraksi di dua posisi berbeza.
Thumb
Albert Pujols memperoleh anugerah ini sebanyak tiga kali dan kesemuanya bersama pasukan St. Louis Cardinals di posisi first base.
Maklumat lanjut Tahun, Pemenang American League ...


Remove ads

Nota

  • a Pemain yang dianggap tidak aktif ialah apabila mengumumkan persaraan atau tidak beraksi untuk musim penuh.
  • b Kemenangan sebulat suara menandakan pemain tersebut memperoleh kesemua undian di tempat pertama.
  • c Hernandez dan Stargell kedua-duanya meraih 216 mata dalam undian 1979.[8]

Catatan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads