Naning

wilayah yang mengamalkan adat perpatih di Melaka, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Naning
Remove ads

Naning ialah suatu wilayah adat yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, di MelakaMalaysia. Walau bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk konfederasi Negeri Sembilan pada abad yang ke-16[1].

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Penamaan

Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang naning (penyengat) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh[2].

Sejarah

Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera pada abad ke-14. Ia diteroka oleh sekurang-kurangnya lima kumpulan keluarga (suku)[3] iaitu suku Nan Bergajah Tunggal[4] yang diiktiraf sebagai kerabat Naning, Semelenggang[5], Tiga Batu, Mungkal dan Anak Melaka. Naning mengamalkan Adat Perpatih yang telah diasimilasikan dengan kehidupan dan gaya masyarakat tempatan terutamanya daripada masyarakat orang asli.

Pemerintahan

Naning membentuk kerajaan sendiri sejak dibuka. Ia diperintah oleh seorang Penghulu dari keluarga Nan Bergajah Tunggal. Ia turut menjadi sebahagian daripada negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan[1]. Pada era pendudukan Belanda, jawatan penghulu diikitraf sebagai Pemerintah Naning dan diberikan pemerintahan sendiri.[6][7]. Walau bagaimanapun, selepas British menduduki Melaka, jawatan Penghulu direndahkan tarafnya sebagai penghulu mukim, dan tidak lagi dibenarkan berkerajaan sendiri. Pasca-kemerdekaan Tanah Melayu, pentadbiran Naning ditempatkan dalam Melaka, dengan Penghulu Naning dan Lembaga Adat mempunyai kedudukan khas dalam Perlembagaan Negeri[8].

Remove ads

Kawasan pengaruh

Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning kekal menjadi sebahagian daripada Melaka. Terdapat 25 buah mukim dalam Naning yang kini berada dalam daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka, iaitu:

Rujukan

  • Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam Naning. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). ISBN 9836247211.
  • Haji Buyong Adil (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan : Abad 15 - 19. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • New Sunday Times : Ex-police constable is 19th Datuk Undang Naning. New Straits Times. November 26, 2006.
  • Abdullah Zakaria bin Ghazali. Sejarah Ringkas Naning. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Remove ads

Nota kaki

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads