Narwal

From Wikipedia, the free encyclopedia

Narwal
Remove ads

Narwal (bahasa Inggeris: narwhal, nama saintifik: Monodon monoceros) ialah spesies paus bergigi yang kelihiatan bertanduk sumbu (yang lebih bersifat gading) yang besar; spesies ini mendiami perairan Artik sekitar utara Greenland, Kanada dan Rusia. Ia antara satu daripada dua spesies dalam keluarga Monodontidae selain paus beluga.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Paus-paus sumbu ini diancam kelangsungan hidup hasil pertembungan dengan manusia yang menburunya;[6] sebanyak kira-kira 50,000 (perangkaan 1996)[7] sampai 170,000 ekor (anggaran kiraan dalam kajian antara 2000–2017)[4] telah dianggarkan masih ada di dunia.

Haiwan ini diberi namanya berdasarkan pengamatan oleh masyarakat Viking terhadap penampilannya yang berwarna pucat seakan-akan "mayat" (nár dalam bahasa Nor Kuno)[8] serta keadaan haiwan ini yang kadangkala terapung pegun.[9]

Remove ads

Ciri fizikal

Narwal bersaiz sederhana sepertimana paus beluga dengan ukuran panjang badan dari hujung ekor ke ubun kepala antara 3.95 hingga 5.5 meter.[10] Badan si jantan lebih besar (sekitar 4.1 meter) dari badan si betina (sekitar 3.5 meter) dengan berat purata sekitar 800 hingga 1,600 kilogram.[10]

Atas puncak kepala si jantan ada sebatang tanduk yang menegak seperti sumbu yang sebenarnya merupakan jenis gigi taring[11][12] yang tumbuh dari rahang atas kiri mulut dan berpilin ke arah kiri. Sumbu ini berperanan sebagai pengesan persekitaran yang dipancarkan melalui gema pantulan sonar[13] yang dihubungkan kepada banyak hujung saraf dengan otak.[14][15][16][17]

Remove ads

Tabiat

Sekawan narwal terdiri dari 5 hingga 10 ekor bahkan sampai sebanyak 20 ekor.

Pemakanan

Narwal memangsakan hidupan khusus terdiri dari ikan kod, halibut Greenland, sotong dan udang; pemakanan ini dilakukan secara penghirupan kuat dari jarak cukup dekat kerana penggigian pada haiwan ini yang kurang sempurna. Batu dasar laut adakala didapati hasil penelanan tidak sengaja semasa pemangsaan di aras ini.[10][18][19][20]

Remove ads

Hubungan dengan manusia

Kepercayaan

Masyarakat Inuit percaya sumbu haiwan ini berasal daripada penjelmaan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam air dek tersangkut pada tali tempuling yang mengena seekor paus yang diburunya; tanduk ini dikatakan muncul dari sanggulnya.[21]

Masyarakat Eropah zaman Pertengahan menyangka sumbu haiwan ini berkaitan tanduk yang ada pada seekor kuda sumbu[22][23] dipercayai mempunyai pelbagai kuasa sakti termasuk menawarkan racun atau mengubatkan sakit menung hiba sehingga dijual dengan harga timbangan emas yang tinggi.[24]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads