Negeri Sembilan FC

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan atau KB Negeri Sembilan (akronim: KBNS) merupakan sebuah kelab bola sepak di Malaysia. Pasukan ini mula menggunakan "KB" selepas berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak sebagaimana ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia[2]. Kelab ini diuruskan oleh NSFC Sdn. Bhd, anak syarikat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Fakta Segera Nama penuh, Gelaran ...
Remove ads

Nama

  • 1923–2005: Negeri Sembilan
  • 2005–2008: NS Naza
  • 2009–2014: Negeri Sembilan
  • 2015: NS Matrix [3]
  • 2016–2020: Negeri Sembilan
  • 2020–kini: KB Negeri Sembilan

Sejarah

Pasukan bola sepak Negeri Sembilan mula ditubuhkan pada 1923 menurut satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe, yang berusia 93 tahun semasa ditemuramah. Beliau menyatakan sebuah perlawanan berlaku antara PBNS dan Singapura bagi Piala Malaya (kini: Piala Malaysia) yang berlangsung pada tahun tersebut.

Pasukan ini dikira salah satu kelab yang memberi saingan kuat dalam sejarah bola sepak sejak ditubuhkan. Mereka telah memenangi banyak kejuaraan teratas di Malaysia sejak awal 1940-an.

Pada 7 November 2009, pasukan ini mengakhiri kemarau 61 tahun mereka dalam Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan dengan nilai mata 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ulangan perlawanan akhir 2009 antara kedua-dua pasukan berlaku semula pada tahun berikutnya, 30 Oktober 2010. Walau bagaimanapun, pasukan ini tewas 2-1 kepada Kelantan walaupun pada awalnya telah mendahului dengan sepakan penalti daripada Shahurain Abu Samah.[4]

Pada 2011, pasukan ini sekali lagi layak ke peringkat akhir Piala Maaysia untuk kali ketiga berturut-turut dengan jurulatih baharu mereka, Mohd Azraai Khor Abdullah. Mereka menang perlawanan tersebut selepas menumpaskan Terengganu FA dengan kemunculan semula yang epik. Gol pertama disumbangkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin untuk Terengganu pada minit ke-59. Negeri Sembilan menggunakan 10 minit terakhir untuk lakukan kebangkitan semula. S. Kunanlan menyamakan gol pada minit ke-81 sebelum Hairuddin Omar, penyerang veteran menyepak gol kejuaraan buat Negeri Sembilan dengan tendangan cantik pada minit ke-85.[5]

Pada awal musim 2011, salah satu jurulatih terbaik pasukan, Wan Jamak Wan Hassan telah meletak jawatan daripada kelab ini. Beliau melihat tiada alasan untuk mengecewakan pasukan dalam pertandingan Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia untuk musim tersebut.[6] Bermula tahun 2019, pasukan ini tersingkir daripada Liga Super Malaysia, dan bertanding dalam saingan Liga Premier Malaysia.

Penswastaan pasukan

Sehingga tahun 2020, pasukan ini bertanding atas kapasiti persatuan bola sepak. Namun, akhirnya pasukan ini berjaya diswastakan dalam kempen penswastaan kelab bola sepak[7] oleh Liga Bola Sepak Malaysia pada September 2020 dan beraksi sebagai kelab bola sepak bermula musim 2021.

Remove ads

Stadium

Thumb
Suasana bahagian dalam Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Stadium Tuanku Abdul Rahman atau dikenali dengan STAR Paroi ialah sebuah stadium pelbagai guna terletak di Paroi, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia sering digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini memuatkan 20,000 orang dan dibuka pada 1992. Pada 2004, kapasiti stadium ini dibesarkan sehingga 45,000 orang untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan SUKMA X 2004.

Penajaan

Maklumat lanjut Tempoh, Pengeluar kit ...
Remove ads

Pemain

Pasukan Utama

Sehingga 16/3/2023

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Maklumat lanjut No., Pos. ...

Bawah 21 tahun

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Maklumat lanjut No., Pos. ...
Remove ads

Pencapaian

Pencapaian Domestik

  • Piala Malaysia
    • Juara (3): 1948, 2009, 2011
      • Naib Juara (3): 2000, 2006, 2010

Pencapaian Belia

Pencapaian Asia

Peringkat Kumpulan: 2004, 2007
Mengundur diri: 2010
Remove ads

Rekod Kelab

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan

      1 atau Juara       Ke-2 atau Naib-juara       Ke-3       Promosi       Tersingkir

Maklumat lanjut Musim, Liga ...

Source:[12][13]

Remove ads

Bekas Pemain

Pemain luar negara

  • Australia Gustavo Carlos Cerro
  • Argentina Jose Iriarte
  • Australia Scott Ollerenshaw
  • Kenya Harrison Eric Muranda
  • Nigeria Abdulrazak Ekpoki
  • Cameroon Effa Owona
  • Nigeria Abdul Lateef Seriki
  • Cameroon Christian Bekamenga
  • Nigeria Udo Fortune
  • Sierra Leone Lamine Conteh
  • Slovakia Marian Juhas
  • Slovakia Miroslav Bozik
  • Slovakia Robert Bozik
  • Slovakia Marian Valach
  • Croatia Marko Simic
  • Australia Curran Ferns

Pemain tempatan

Remove ads

Pengurusan pasukan (Musim 2021)

Pengurusan pasukan utama musim 2021

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...

Pengurusan pasukan bawah 21

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...

Pengurusan pasukan bawah 19

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...

Ketua Jurulatih

Maklumat lanjut Tahun, Jurulatih ...
Remove ads

Persatuan yang menyelia

Kelab Berkaitan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads