Nikolaus von Falkenhorst

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nikolaus von Falkenhorst
Remove ads

Nikolaus von Falkenhorst (lahir Nikolaus von Jastrzembski; 17 Januari 1885 – 18 Jun 1968) adalah seorang Kolonel Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II. Beliau merancang dan memerintah pencerobohan Jerman ke atas Denmark dan Norway pada tahun 1940, dan merupakan Panglima Tentera Jerman sewaktu pendudukan Norway dari tahun 1940 hingga 1944.

Fakta Segera Generaloberst, Nama lahir ...
Remove ads

Kehidupan

Thumb
Nikolaus von Falkenhorst bersama Left.Jen. Hjalmar Siilasvuo.

Falkenhorst telah dilahirkan di Breslau (sekarang Wrocław, Poland) kepada sebuah keluarga tentera lama Silesia dan bangsawan, iaitu Jastrzembski dari Bad Königsdorff-Jastrzemb (Jastrzębie-Zdrój) di Upper Silesia. Pada tahun 1911 beliau secara sukarela menukar nama keluarga turun-temurun Poland ini kepada Bahasa Jerman iaitu Falkenhorst (bermaksud "falcon's nest"). Beliau menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada tahun 1903 dan semasa Perang Dunia I telah diberi pelbagai jawatan rejimen dan staf, termasuk satu tugasan di Finland, yang kemudian akan menjadi tugas utamanya dalam Perang Dunia II. Pada tahun 1919, selepas berakhirnya perang, beliau berkhidmat didalam Freikorps, kemudian ditukarkan ke Reichswehr, dan antara tahun 1925 dan 1927 berkhidmat didalam bahagian operasi Kementerian Perang Jerman.

Falkenhorst telah dinaikkan pangkat ke Kolonel pada 1 Oktober 1932, dan antara tahun 1933 dan 1935 telah dilantik sebagai atase tentera di Kedutaan Jerman di Czechoslovakia, Yugoslavia dan Romania. Pada 1 Julai 1935, beliau telah dinaikkan pangkat ke Generalmajor (Brigedier Jeneral) dan Ketua Staf Tentera Darat Ketiga, dan pada tahun 1937 ke Generalleutnant (Mejar Jeneral). Pada tahun 1939 beliau memerintah Kor XXI semasa Pencerobohan Poland, dan telah dinaikkan pangkat ke General der Infanterie (Leftenan Jeneral).

Thumb
Vidkun Quisling, Reichsführer-SS Heinrich Himmler, Reichskommissar Josef Terboven, Generaloberst Nikolaus von Falkenhorst dan para pegawai Waffen-SS, Tentera Darat Jerman (Wehrmacht) dan Luftwaffe di Norway, 1941

Pada 20 Februari 1940, Hitler memaklumkan kepada Falkenhorst bahawa beliau akan menjadi komander pasukan darat bagi pencerobohan Norway (Operasi Weserübung), dan memberikan beliau masa sehingga 5 p.m. hari yang sama untuk tampil dengan pelan asas. Tiada masa untuk merujuk carta tentera atau peta, Falkenhorst mengambil sebuah buku panduan perlancongan Baedeker Norway di kedai alat tulis semasa dalam perjalanan pulang ke bilik hotel, dimana beliau merancang operasi ini daripada peta yang beliau jumpa didalamnya.[1] Hitler dengan segera meluluskan rancangannya.

Pencerobohan ini mencapai kejayaan, namun terdapat kerugian besar bagi Kriegsmarine. Tentera Bersekutu cuba membalas gerakan Jerman, tetapi pasukan Falkenhorst tampak lebih hebat. Untuk kejayaan ini beliau telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst (Kolonel Jeneral).

Falkenhorst kekal memerintah garison Norway. Berbeza dengan pentadbiran awam, angkatan tentera berhasrat untuk membentuk persefahaman dengan rakyat Norway, dan Falkenhorst mengarah anggotanya melayan mereka dengan budi bahasa.

Pada Disember 1942, Falkenhorst membuat satu rancangan untuk menceroboh Sweden jika perlu (Operasi Polarfuchs; "Arctic Fox") [perlu rujukan]yang memerlukan 10 divisyen Jerman. Falkenhorst meramalkan ia akan berjaya dalam masa 10 hari.[2]

Falkenhorst telah digugurkan dari jawatan Wehrmachtsbefehlshaber Norwegen (Panglima Angkatan Tentera Norway) pada 18 Disember 1944, kerana menentang dasar tertentu radikal Josef Terboven, Pesuruhjaya Reich Nazi bagi Jajahan Takluk Norway. Beliau telah dipindahkan ke Führerreserve, namun tiada tugasan lain yang menyusul.

Remove ads

Jenayah perang

Selepas perang, Falkenhorst telah dibicarakan oleh sebuah tribunal tentera bersama British-Norway kerana melanggar undang-undang peperangan. Beliau telah meluluskan Führerbefehl yang dikenali sebagai "Perintah Komando" yang mewajibkan pengkhianat ditembak sebagai pengintip, dan beberapa orang telah menjadi mangsa. Beliau oleh itu didapati bersalah dan dihukum mati pada tahun 1946. Bagaimanapun hukuman tersebut kemudian diringankan ke penjara 20 tahun, selepas rayuan yang dibuat oleh Sven Hedin.

Falkenhorst telah dibebaskan daripada Penjara Werl pada 23 Julai 1953, kerana kesihatan yang tidak baik. Pada tahun 1968, akibat serangan jantung, beliau telah meninggal dunia di Holzminden, Jerman Barat, dimana keluarganya bermastautin selepas lari daripada Lower Silesia.[3] Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Holzminden.

Remove ads

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Rujukan dalam Wehrmachtbericht

Maklumat lanjut Date, Original German Wehrmachtbericht wording ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads