Nizam Razak

Juruanimasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Nizam bin Abdul Razak (Jawi: محمد نظام بن عبدالرازق; 14 Ogos 1983) merupakan seorang juruanimasi, pengarah dan pelakon suara Malaysia. Beliau terkenal sebagai pencipta dan pengarah siri animasi BoBoiBoy dan francaisnya serta sebagai pengasas Animonsta Studios.[1] Beliau merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Multimedia.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Nizam dilahirkan pada 14 Ogos 1983 di Muar, Johor dan dibesarkan di Duyung, Melaka Tengah, Melaka, merupakan anak sulung daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang adik perempuan. Beliau memulakan minatnya dalam dunia animasi apabila beliau membaca komik seperti Dragonball dan Doraemon semasa sekolah rendah, dan Ujang dan Alam Perwira sewaktu usia remajanya.[2]

Kerjaya animasi

Sekitar 1997 apabila internet mula didapati di Malaysia, Nizam mula mempunyai kepentingan dalam reka bentuk grafik melalui kumpulan sembang secara dalam talian, 16rulz.[2] Pada 2001, beliau mendaftar untuk pengajian asas di Fakulti Multimedia Kreatif dan mendaftarkan diri di Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya.[2][3]

Dalam tahun kedua program ijazah, beliau mengambil jurusan animasi filem kerana "ia adalah sesuatu yang baru".[2] Pada tahun 2005, Nizam lulus dengan ijazah kelas pertama dan merupakan pelajar terbaik di dalam kelas.[2] Beliau pernah bekerja selama empat bulan untuk sebuah syarikat di Damansara Perdana yang membangunkan animasi untuk pasaran China.

Pada tahun 2009, Nizam bersama-sama dengan Kee Yong Pin, Safwan Karim dan Anas Abdul Aziz menubuhkan syarikat animasinya sendiri yang diberi nama Animonsta Studios.[4] Syarikat ini menerbitkan siri animasi BoBoiBoy[5] untuk siaran di TV3 di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah, pelakon suara dan penulis.[2][6] Kejayaan BoBoiBoy juga turut mencetuskan filem BoBoiBoy: The Movie[7] dan terbitan turunan BoBoiBoy Galaxy[8] serta kesinambungannya, BoBoiBoy Movie 2.[9]

Pada Jun 2023, beliau telah diberikan pengiktirafan oleh Tatler Asia sebagai "Gen.T (Malaysia)" kerana mencipta animasi kesayangan Malaysia (BoBoiBoy dan Mechamato).[10]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Ezdiani binti Ahmad Fauzi pada 2004 dan dikurniakan tiga orang anak.[11]

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan penghargaan

2023

  • Tatler Asia: Gen.T (Malaysia)[10]
2012
  • NEF-AWANI: BoBoiBoy - Favourite E-Community 2011
  • UITM: Tokoh Inovasi 2012
  • KERAJAAN NEGERI JOHOR: Ikon Belia Johor 2012
2011
  • TOKOH MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2011: Tokoh Negara in conjunction with Hari Kemerdekaan ke 54 and Hari Malaysia.
  • Anugerah Karyawan Animasi Malaysia (ANIMAS): BoBoiBoy was awarded for the best theme music, best background score and best script.
  • NEF-AWANI: Animonsta Studios - Best Start-up Company
2010
  • 12th TBS DigiCon6: BoBoiboy - 1st Place Regional Award
2009
  • Kids Film Festival: GENG - Viewers Choice Award.
  • Shout Awards: Upin&Ipin - Best TV Chemistry Award.
2008
  • MSC Malaysia APICTA 2008: Best of Media Entertainment Category - Merit Award
2007
  • MSC APICTA 2007: Best Start-Up Company APICTA
  • Kuala Lumpur International Film Festival 2007: Upin&Ipin - Best Animation
  • APICTA 2007: Best in Media and Entertainment - Best of Start-up Companies (2nd Place)
2006
  • Anugerah Filem Pendek: Best Director (Animation), Best Animated Film, Best Short Film
2005
  • APICTA 2005: Best Of Tertiary Student Projects
  • Malaysian Video Awards: Best of 10th MVA 2005 - Best Short Animated Film (Open Category)
  • MSC-APICTA 2005: Best of Tertiary Student Project - Creative Multimedia
  • MMU Creative Pixels: Best of Multimedia University Collection 2005
  • MMU-SGI Exellence Award 2005: Best Student of Faculty Creative Multimedia
  • MMU Creative Multimedia Degree Course: Best Student of Faculty Creative Multimedia, First Class Honours Degree (3.72/4.00), 7 Dean’s Awards (Multimedia University)
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads