Oh My English! (musim 2)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Oh My English! (musim 2)
Remove ads

Musim kedua, Oh My English! disiarkan pada 31 Mac 2013 dan memperkenalkan beberapa watak yang baru, termasuk Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.[1][2] Berbeza dari musim pertama, musim kedua siri ini disiarkan pada pukul 7 malam, dan bukan lagi pada pukul 10 pagi. Selepas episod ke-14 (Banjir), waktu penyiarannya ditukar kepada pukul 6 petang, dengan menyiarkan dua episod berturut-turut, dan episod kemuncaknya disiarkan selama satu jam.

Fakta Segera Negara asal, Bil. episod ...
Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon undangan

Remove ads

Watak dan perwatakan

Bagi musim kedua ini, si kembar, Faiz dan Faiza, telah berpindah ke sekolah lain kerana bapa mereka telah ditukarkan ke tempat lain. Bagaimanapun sebanyak empat watak baru yang diperkenalkan. Watak tersebut terdiri daripada dua orang guru dan dua orang murid.

1. Tiz Zaqyah sebagai Cikgu Ayu
Cikgu Ayu merupakan seorang guru Bahasa Melayu dari Terengganu. Beliau merupakan seorang yang baik hati dan mempunyai loghat Terengganu yang sangat kuat. Murid 3 Merah sangka bahawa Cikgu Ayu mempunyai 3G. Beliau amat cantik dan sukakan Mr. Middleton. Beliau mengajar Bahasa Malaysia dan tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar pada mulanya, namun Mr. Middleton membantu Cikgu Ayu memperbaiki Bahasa Inggerisnya. Beliau juga pandai menyanyi.

2. Aaron Aziz sebagai Cikgu Malik
Cikgu Malik merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengetuai pasukan bola sepak. Beliau sangat kuat dan tegas dan dikatakan agak melucukan. Beliau juga suka membawa novel cinta.

3. Syafie Naswip sebagai Azlan bin Azroi
Azlan merupakan seorang murid baru yang tidak pernah bergaul dengan sesiapa. Beliau sering membuli murid lain dan berpura-pura baik depan guru. Beliau mula berkomunikasi dengan Mr Middleton pada penghujung Program Mentor. Beliau juga sukakan motosikal dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyair.

4. Iezahdiyana sebagai Nurul Farhani
Hani merupakan seorang murid baru yang yakin dengan Bahasa Inggeris. Beliau seorang yang berani dan bersikap positif.

Remove ads

Senarai episod

Maklumat lanjut Siri, Musim ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads