Yus Jambu

Pelawak, pelakon, pengacara dan penghibur Malaysia (1976-2015) From Wikipedia, the free encyclopedia

Yus Jambu
Remove ads

Yussry Edoo (15 Mac 1976 – 30 November 2015) atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Bintong, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Kerjaya

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Remove ads

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 30 November 2015 dipercayai akibat sesak nafas.[1][2]

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke Jambu di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza (musim 2). Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang menyatakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.[1][2]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Peserta

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Catatan

↑i  Ketika Yus meninggal dunia, rancangan Juara Parodi telah bersiaran selama 4 minggu. Siaran pada 4 Disember 2015 ialah rancangan khas untuk memperingati pemergian Pak Yus. Siaran khas ini dipanggil Pak Yus Dalam Kenangan.

Remove ads

Diskografi

Single

  • Kita Berdua (Duet bersama Nina)
  • Bukan Kerna Nama
  • Boss (Bersama Cat Farish)
  • Angkara (Bersama Toi)
  • Jiman Kawan Aku (Lawak 24 Jam)

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads