Omar Suwita

Pelakon lelaki Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia

Omar Suwita
Remove ads

Omar Salleh atau lebih dikenali sebagai Omar Suwita (1923 – 11 Februari 2013) ialah seorang pelakon filem Malaya.[1] Nama Suwita bermaksud dari perkataan Sanskrit iaitu Bakti. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dato' Aziz Satar, dan pernah tinggal serumah semasa menjejakkan kaki di Jalan Ampas, Singapura pada 15 September 1952.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal dan kerjaya

Beliau dilahirkan pada 1923 di Melaka. Beliau sering melakonkan watak jahat atau antagonis disebabkan mempunyai perwatakan yang serius dan tidak banyak bercakap.[2] Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang baik, dan memiliki suara yang sedap, menurut Dato' Aziz.

Omar mula menceburi bidang lakonan melalui filem Siapa Salah? dan diikuti dengan Hati Iblis. Watak utama yang dipegangnya adalah dalam filem Ribut pada tahun 1956.

Pada masa yang sama, Omar sempat merakamkan lagu bertajuk "Suka Sama Suka" bersama Allahyarhamah Datin Rafeah Buang pada 1950-an.[3] Selain menyanyi, beliau juga pandai bermain gitar, malah pernah mengajar komposer terkenal, Kassim Masdor.

Beliau telah terlantar sakit selama sembilan tahun lalu dan ini telah dua kali perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. Pada Ogos 2010, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menyumbang bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) kepada Omar di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura. Bantuan berjumlah RM5,000 itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab.[4]

Remove ads

Kematian

Omar yang berasal dari Melaka meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura pada 11 Februari 2013 dan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong.[5]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads