Onewe
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Onewe (Korea: 원위, digayakan dalam semua huruf besar, disebut: [wʌnˌwi]) adalah kugiran rock alternatif dari Korea Selatan yang mempunyai lima orang ahli iaitu: Yonghoon, Harin, Kanghyun, Dongmyeong dan CyA. Lima orang ahli ini pada asalnya dibentuk di bawah nama M.A.S 0094 (Make a Sound 0094).[1] Mereka mengeluarkan single digital pertama mereka "Butterfly, Find a Flower" pada 13 Ogos 2015 dibawah Modern Music. Pada bulan April 2017, mereka berpindah ke RBW dan dinamakan semula sebagai MAS. Pada bulan Jun 2018, telah diumumkan bahawa kugiran ini akan membuat debut semula di bawah nama kugiran baharu Onewe. Kugiran ini secara rasmi membuat debut semula pada 13 Mei 2019 dengan album single pertama mereka 1/4.[2][3]
Remove ads
Sejarah
2015–2016: Pembentukan dan debut
Ditubuhkan pada Mei 2015, M.A.S 0094 ialah kumpulan bebas yang membuat persembahan dan membuat cover lagu-lagu terkenal di khalayak ramai dengan semua keuntungan akan disalurkan kepada badan amal untuk mangsa wanita penghibur. Hasil daripada single digital pertama mereka, "Butterfly, Find a Flower", yang dikeluarkan pada 13 Ogos 2015, juga disalurkan untuk badan amal.[4][5]
M.A.S 0094 mengeluarkan album mini pertama mereka , Feeling Good Day, pada 25 Mac 2016.[6] Album ini mempunyai 6 buah lagu, termasuk single utama Feeling Good" dan single digital mereka "Butterfly, Find a Flower yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Kugiran ini debut pada 2 Ogos dengan lagu mereka "After 15 Seconds" yang telah dipersembahkan di The Show.[7][8]
Pada bulan November, kugiran ini mengadakan persembahan yang dipanggil "Masland". Mereka juga mengeluarkan single "Starlight".[9]
Pada 30 Disember, M.A.S 0094 membuat persembahan sebagai kugiran sesi untuk persembahan Mamamoo semasa 2016 KBS Song Festival.[10] Pada 31 Disember, mereka adalah satu-satunya artis Korea yang mengambil bahagian dan merupakan persembahan akhir dalam Hello Starlight Forest New Year's Eve Concert yang diadakan di Changsha, China[11]
2017–2018: Make Some Noise, rancangan survival dan Re-debut sebagai ONEWE
Pada 6 Januari 2017, kugiran ini telah mengeluarkan album mini kedua mereka Make Some Noise. Album ini mempunyai 6 buah lagu, termasuk single utama "Make Some Noise" dan "Starlight".[12] Pada bulan Februari, mereka mengadakan konsert untuk meraikan 200 hari sejak debut mereka.[13]
Pada April 2017, Dongmyeong mewakili RBW dalam rancangan realiti televisyen siri Produce 101 Season 2.[14] Dongmyeong kemudiannya tersingkir di tempat-68 semasa episod 5.
Pada 27 Mei, Modern Music menerbitkan satu kenyataan di fan cafe yang menyatakan bahawa kugiran ini akan menyertai RBW.[15] Pada 9 Jun, RBW mengesahkan bahawa kugiran ini menandatangani di bawah label mereka dan akan mula menggunakan nama 'MAS'.[16]
MAS menyertai rancangan realiti televisyen The Unit pada bulan Oktober 2017. Pada episod 7, Harin ditempat-52, Younghoon ditempat-58, Cya ditempat-59 dan Kanghyun ditempat-61 telah tersingkir. Dongmyeong berjaya ke peringkat terakhir di mana dia kemudiannya tersingkir ditempat-16.[17]
Pada December 2017, MAS menyertai RBW debut projek RBW Trainee Real Life – We Will Debut bersama dengan kumpulan pra-debut RBW BOYZ (Oneus). Mereka kemudian mengadakan konsert untuk musim kedua projek bertajuk We Will Debut Chapter 2 - Special Party pada bulan yang sama.[18]
Pada bulan Jun 2018, RBW mendedahkan bahawa MAS akan debut semula dengan nama "Onewe".[19] Pada bulan September, mereka mengeluarkan single pra-debut dan MV untuk "Last Song" bersama dengan rakan seagensi mereka Oneus.[20]
Sebagai alumni, Onewe mengadakan Ceramah Ceria Istimewa untuk pelajar dan ibu bapa Akademi Muzik ModernK dari 26 Oktober hingga 11 November.[21]
Pada 23 Disember, mereka mengadakan konsert Krismas yang bertajuk "Studio We : Live #1".[22]
2019: Debut semula dengan 1/4, debut Jepun dan 2/4
Kugiran ini membuat debut rasmi pada 13 Mei 2019 dengan perilisan album single pertama mereka yang bertajuk 1/4 dengan single utama "Reminisce About All".[23]
Mereka membuat debut di Jepun pada 7 Jun, mengelurkan album single indie yang berisi lagu versi Bahasa Jepun yang termasuk dalam 1/4.[24] Menjadikan ia 10 Single Terbaik dengan Penjualan Jepun yang dilancarkan oleh Artis Korea Tower Records Japan untuk separuh pertama tahun 2019.[25] Mereka kemudian mengadakan Siaran Langsung Mini Jepun pertama「~PROLOGUE~」pada 8 Jun.
Pada 30 Jun, mereka mengadakan konsert mini bertajuk Studio We : Live #2 The Name of the Star I Live On.
Pada 29 Ogos, kugiran ini mengeluarkan album single kedua 2/4 dengan single utama "Regulus".[26] Pada hari yang sama, kugiran ini membuat persembahan program muzik debut mereka di M Countdown.[27]
Pada 13 Oktober, mereka mengadakan konsert mini bertajuk Studio We : Live #3" Fallin’ Good Day.
Pada 29 Disember, mereka mengadakan konsert mini Krismas yang bertajuk Studio We : Live #4" My Own Band Room.
2020: ONE
Pada 2 April, kugiran ini mengeluarkan single ketiga mereka "3/4" dengan single utama "Q" ditulis oleh ahli CyA dan menampilkan Hwasa Mamamoo. Single ini memasuki Billboard World Digital Song Sales di nombor 12.[28]
Album penuh pertama kugiran ini One dikeluarkan pada 26 Mei yang terdiri daripada lagu yang telah dikeluarkan sebelum ini bersama dengan tiga buah lagu baru termasuk single utama "End of Sping".
Pada 12 September, kugiran ini mengadakan konsert siaran langsung on-tact pertama mereka yang bertajuk O! NEW E!volution.[29]
Pada 24 September, kugiran ini mengeluarkan album Demo pertama mereka Studio We: Recording dengan single utama "Parting".[30]
Pada 13-14-15 November, mereka mengadakan konsert mini dalam talian bertajuk "Studio We: Live #5" A Moment in Full Bloom Under Two Starlights.
Pada 11 Disember, kugiran ini mengeluarkan album single ketiga mereka Memory: Illusion dengan single utama "A Book In Memory".
2021: Studio We: Live, Planet Nine: Alter Ego and Studio We: Recording #2
Pada 23-24 Januari, mereka mengadakan konsert mini dalam talian bertajuk "Studio We : Live #6" Onewe? or Onewe!. Pada 6 dan 7 Mac, mereka mengadakan konsert encore di Rolling Hall.
Pada 16 Jun, Onewe mengeluarkan album mini pertama mereka Planet Nine: Alter Ego dengan single utama mereka "Rain To Be".[31] Kesemua lima orang ahli mengambil bahagian dalam menulis atau mengarang lagu-lagu dalam album, dengan Kanghyun menulis dan mengarang single utama.[32] "Aurora" lagu B-side menduduki tempat pertama dalam senarai 21 K-Pop B-side terbaik tahun 2021 MTV.[33]
Dikeluarkan pada 8 September, CyA menulis bersama rakan seagensi Purple Kiss untuk single utama "Zombie" untuk album "Hide & Seek" mereka.[34]
Kugiran ini mengeluarkan single digital pra-perilisan "Star" pada 23 November, sebelum album demo kedua mereka Studio We: Recording #2 pada 7 Disember.[35]
Pada 21 Disember, Onewe mengeluarkan single kolaborasi baharu dengan Oneus bertajuk "Stay".[36]
2022: Planet Nine: Voyager dan Timeless
Pada 4 Januari, Onewe mengeluarkan album mini kedua mereka Planet Nine: Voyager dengan single utama mereka "Universe_".[37]
Pada 20 Mei, Onewe mengeluarkan album istimewa mereka Timeless dengan single utama "Roommate".[38]
Pada 12 Julai, telah disahkan bahawa ahli Yonghoon akan menyertai tentera pada 12 Julai dan Kanghyun akan menyertai tentera pada 2 Ogos.[39]
Remove ads
Ahli
- Harin (하린) - Pemain Drum
- Dongmyeong (동명) - Pemain Keyboard, Penyanyi Vokal
- CyA (키아) - Pemain Bass, Penyanyi "Rap"
Tidak aktif
- Yonghoon (용훈) - Ketua, Penyanyi Vokal Utama
- Kanghyun (강현) - Pemain Gitar
Diskografi
Album studio
Album mini
Album single
Album demo
Single
Sebagai artis utama
Kolaborasi
Penampilan runut bunyi
Lagu lain
Remove ads
Filemografi
Rancangan realiti
Nota
- Dikeluarkan sebagai MAS.
- Perilisan rasmi pertama mereka dikeluarkan sebagai Onewe.
- "Reminisce About All (Japanese ver.)" telah dikeluarkan pada 7 Jun 2019 di Jepun sebagai single CD pertama mereka.
- "Regulus (Japanese ver.)" telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2019 di Jepun sebagai single CD mereka.
- "Rain to Be" tidak memasuki Gaon Digital Chart, tetapi memulakan debut dan memuncak pada nombor 78 pada Gaon Download Chart.[55]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
