Orang Armenia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Orang Armenia
Remove ads

Orang Armenia (Bahasa Armenia: Հայեր Hayer; juga orang Lamender [la.mén.dér] ark.[40]) adalah sebuah bangsa dan kelompok etnik yang berasal dari pergunungan Kaukasus dan Dataran Tinggi Armenia di Asia Barat[41][42] merangkumi terutama di negara Armenia, tetapi banyak juga dari mereka yang telah tersebar di Rusia, Georgia, dan Iran.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...

Mereka menuturkan Bahasa Armenia sebagai bahasa ibunda dan utama menganut agama Kristian aliran Gereja Hawari Armenia; aliran mandiri ini ditubuhkan berikutan pemelukan agama itu sebagai agama rasmi kerajaan Raja Tiridat III penguasa tanah Armenia pada 301 M[43][44] setelah dibaptiskan Santo Grigor.[45]

Banyak orang ini yang berhijrah mendapatkan perlindungan ke Perancis, Amerika Syarikat, Argentina, Timur Tengah dan negara-negara lain yang menyambut baik mereka dengan menguatnya pembunuhan ramai sebangsa mereka oleh tentera Uthmaniyah.[46]

Remove ads

Diaspora

Nusantara

Banyak orang Armenia keturunan petempat Isfahan dari Julfa zaman Shah Abbas I berhijrah ke kepulauan Nusantara mengejar peluang perniagaan di jajahan-jajahan didirikan pihak empayar British dan Belanda serantau.[32][38]

Hindia Belanda

Banyak pedagang keturunan Armenia dari Amsterdam dan Iran merantau ke Hindia Belanda pada tahun 1800-an dan menetap terutama di Jawa mendirikan perusahaan serta perkebunan. Pada tahun 1808, masyarakat ini mula bertambah besar dan George Manook (Gevork Manuch Merchell) beserta kawan-kawannya mendapatkan wang sebanyak 25,000 gulden dari pemerintahan Hindia Belanda untuk medirikan sekolah-sekolah dan gereja. Pada tahun 1852 Haileian Miabanse Thioen mendirikan panti asuhan dan gereja untuk anak-anak Armenia terletak di Gang Scott sebelah barat daya Koningsplein (kini Jalan Budi Kemuliaan dekat Medan Merdeka) di Batavia.[47]

Pada tanggal 6 Januari 1880, masyarakat Armenia rasmi diakui sebagai rechtspersoon anggota kelompok bangsa Eropah (Europeanen) diiktiraf dalam Undang-undang Administrasi Hindia Belanda tahun 1854. Kebanyakan penduduk Armenia telah berpindah keluar selepas Kemerdekaan Indonesia namun diperkirakan kurang dari seratus orang jiwa masih menetap di Jawa yang menggunakan nama hujung seperti Manook dan Galistan.[48]

Negeri-Negeri Selat

Sebuah gereja Apostolik didirikan sekelompok saudagar Armenia di Lebuh Bishop terletak antara Lebuh King dan Lebuh Pinang di hujung timur George Town pada tahun 1822 dan ditahbiskan 2 tahun kemudian dengan tujuan menarik banyak saudagar ke situ. Tetapi, pemesatan Singapura sebagai pusat perniagaan yang lebih maju berikutan petempatannya pada 1819 oleh Stamford Raffles menggagalkan rancangan sedemikian. Lama-kelamaan kependudukan saudagar Armenia yang berkurangan menyebabkan gereja tersebut ditinggalkan pada 1906. Gereja tersebut terpaksa dirobohkan kerana keadaan binaan yang uzur pada 1909.[32]

Orang Armenia pertama berhijrah ke Singapura pada tahun 1820 dengan membawa keluarga sekali ke sana.[38] Gereja Armenia didirikan di Jalan Bukit kawasan Pusat Bandar pada 1835 dan ditahbiskan pada tahun berikutnya, ia gereja Kristian terbesar di Singapura.[32][38][49]

Remove ads

Budaya

Bahasa dan sastera

Bahasa Armenia tuturan diaspora terbahagi kepada dua dialek utama: dialek barat tuturan diaspora di Amerika Syarikat dan dialek Timur tuturan oleh penduduk negara Armenia sendiri serta diaspora di kawasan berjiranan seperti Iran, dan bekas negara-negara Soviet. Kededua dialek ini masih boleh saling difahami antara satu sama lain.

Nota

  1. Status Abkhazia dipertikaikan. Negara ini menganggap dirinya untuk menjadi sebuah negara yang merdeka, tetapi perkara ini hanya diiktiraf oleh beberapa buah negara sahaja. Kerajaan Georgia dan kebanyakan negeri-negeri lain di dunia menganggap Abkhazia de jure sebahagian daripada wilayah Georgia. Dalam pembahagian rasmi Georgia ia adalah republik autonomi, di mana pemerintah duduk di pengasingan di Tbilisi.
  2. The Republic of Artsakh is de facto independent and mainly integrated into Armenia, however, it is internationally recognized as de jure part of Azerbaijan.
  3. The number of Syrian Armenians is estimated to be far lower due to the Syrian Civil War, as these are pre-war figures. Many fled to Lebanon, Armenia, and the West respectively.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads