Orang bunian

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Orang bunian ialah makhluk halus, dalam cerita rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia, yang tidak boleh dilihat oleh manusia, kecuali bagi mereka yang mempunyai "penglihatan rohani". Dalam bahasa inggeris, ia sering diterjemah sebaga elf, tetapi secara literal ia bermaksud "orang yang tersembunyi" atau "orang yang bersiul/berbunyi". Orang bunian juga didakwa merupakan sejenis jin, namun bukan dari jenis yang mengganggu kehidupan manusia sebagaimana jelmaan jin yang lain[1].

Remove ads

Gambaran

Orang bunian digambarkan sebagai 'bangsa' yang cantik, berpakaian seperti gaya Nusantara, dan berperwatakan seperti manusia. Orang bunian dalam gambaran moden pula menyimpang sedikit daripada cerita tradisional, antaranya bercirikan seperti elf, dengan telinga yang runcing, pakaian yang dipengaruhi fantasi yang tinggi atau berpakaian kot panjang Minangkabau moden[2].

Orang bunian dikatakan menghuni di hutan tebal atau pergunungan di Semenanjung Melayu, Sumatera & Borneo, jauh daripada perhubungan manusia,[3] sementara ada juga yang dekat dengan penempatan manusia, dan ada yang dikatakan berkongsi sama rumah dengan keluarga manusia.[4] Berdasarkan kisah legenda, struktur masyarakat mereka sama dengan manusia lama di Semenanjung Melayu, yang terdiri daripada keluarga, puak dan raja. Manakala dalam cerita rakyat Indonesia pula, orang bunian sering dikatakan mempunyai kuasa ghaib,[5] dan mesti melakukan amalan tertentu sebelum manusia dibenarkan melepasi perkampungan yang mereka huni.

Orang bunian secara umumnya digambarkan sebagai pemurah, peramah (mahu berkawan) dan membantu manusia, antaranya dukun atau bomoh dan pawang.[6] Mereka dikatakan boleh berkahwin dengan manusia dan mempunyai anak ghaib.[7] Dalam sesetengah dongeng, ada lelaki manusia yang berkahwin wanita bunian dan menetap di perkampungan bunian. Namun, kemudiannya dia membuat keputusan untuk meninggalkan komuniti tersebut dan pulang kepada keluarga yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja pulang ke komuniti manusia, beberapa tahun telah berlalu dan semua yang pernah dikenalinya telah meninggal dunia. Naratif ini mempunyai persama dengan Urashima Taro dan Rip Van Winkle.[8]

Remove ads

Dalam budaya masyhur

Filem

  • Orang bunian muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Maya Karin[9].
  • Filem Bunian: Mahkota Seri Helang pernah diuar-uarkan penghasilannya pada 2009, walau bagaimanapun ia tidak berjaya diterbitkan. Filem ini terbitan Adnan Abu Hassan menerusi produksi miliknya, Fantasy Film. Secara ringkas, filem ini mengisahkan Rosman yang terjerumus ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung dan telah dibantu oleh Puteri Manja Sakti dan dibawa ke perkampungan orang bunian[10].

Siri televisyen

Lagu

Cerpen

  • 'Bunian' karya M. Navin yang asalnya ditulis dalam bahasa Tamil telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh S.T.Saravanan dan diterbitkan dalam Dewan Sastera terbitan Mei 2021.[12]
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads