Magika

Filem muzikal fantasi Malaysia 2010 arahan Edry Abdul Halim From Wikipedia, the free encyclopedia

Magika
Remove ads

Magika merupakan sebuah filem muzikal komedi fantasi Malaysia 2010 arahan sulung[4] Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil Ahmad, KRU, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta[3] ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010[5][6], sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.

Remove ads

Sinopsis

Filem Magika ialah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.[7]

Remove ads

Pelakon

Thumb
Barisan pelakon dalam filem Magika
Remove ads

Penerbitan

Filem ini merupakan percubaan sulung Edry Abdul Halim, anak yang bongsu daripada tiga adik-beradik KRU, selaku pengarah filem walaupun beliau berpengalaman sebagai pengarah pementasan sebelum ini.[4] Proses penggambaran awal filem Magika dijalankan mulai Februari 2008 hingga Januari 2009.[8]

Diwara-warakan bahawa filem ini bertujuan untuk memastikan kesegaran dan kelestarian cerita rakyat tradisional Melayu di depan mata generasi Malaysia semasa. Kata Edry kepada pihak akhbar pada malam tayangan amal, "Bagi saya, Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga".[9]

Memandangkan ini filem muzikal, Edry turut mencipta empat belas lagu baru khas untuk filem ini untuk dinyanyikan oleh para pelakon sendiri tanpa bantuan penyanyi profesional.[10]

Tayangan

Tayangan julung kali Magika berupa majlis tayangan amal bersama anak-anak yatim pada 10 Februari 2010, disusuli tayangan diraja di Dewan Kapitol, Perlis pada 3 Julai, istimewa sempena ulang tahun kesepuluh pemerintahan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.[11] Filem ini akhirnya ditayangkan kepada umum di 56 buah pawagam di Malaysia[3] dan beberapa lagi di pawagam pada Malaysia & Brunei 23 September 2010 & Singapura 11 November 2010.

Sambutan

Pihak KRU meletakkan sasaran RM4 juta untuk Magika sepanjang tayangannya di pawagam.[12] Pada empat hari pertama tayangannya (23–26 September 2010), filem Magika dilaporkan mengutip RM 1.3 juta daripada pawagam di Malaysia dan Brunei.[13] Di carta pawagam seluruh Malaysia, filem Magika menduduki tangga ketiga pada hujung minggu pertamanya.[14]

Ulasan

Pada tayangan amal pada bulan Februari, filem Magika dilaporkan mendapat sambutan hangat daripada para hadirin akhbar. Antara yang membuat ulasan awal berdasarkan tayangan khas itu termasuk Nur Safina Othman untuk portal hiburan CinemaOnline dan Tupai yang berani memberikan lima bintang kepada filem ini dengan ulasan berikut[15]:

Memanglah benar kebanyakan pelakon Magika adalah[sic] penyanyi yang hebat … Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya, terutama sekali Diana Danielle; Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan. Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan.

Remove ads

Runut bunyi

Album runut bunyi rasmi Magika diterbitan oleh KRU Records. Ia memuatkan empat belas buah lagu dan sebuah interlud yang dinyanyikan oleh pelakon-pelakon dalam filem ini.

Fakta Segera OST Magika, Runut bunyi oleh Pelbagai ...
Maklumat lanjut No., Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Anugerah, Kategori ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads