Otello

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Otello ialah opera empat babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Arrigo Boito, berdasarkan lakonan pementasan karya Shakespeare yang berjudul Othello. Persembahan pertama opera Otello dibuat di Teatro alla Scala, Milan, pada Februari 5, 1887.

Maklumat lanjut Senarai Opera Giuseppe Verdi ...
Remove ads

Peranan

Maklumat lanjut Peranan, Jenis suara ...
Remove ads

Plot

Tahun: Pada lewat 1400an.
Tempat: Di sebuat pulau di Cyprus.

Aria-aria terkenal

  • "Una vela!"/"Esultate!" - pembukaan koir dan kemunculan Otello
  • "Già nella notte densa" - Otello & Desdemona dalam babak I
  • "Ora è per sempre addio" - Otello dalam babak II
  • "Era la notte" - Iago dalam babak II
  • "Credo in un Dio crudel" - Iago dalam babak II
  • "Dio mi potevi!" - Otello dalam babak III
  • "A terra!" - muzik orkestra untuk pengakhiran babak III
  • "Mia madre aveva una povera ancella" - Desdemona dalam babak IV
  • "Niun mi tema!" - Otello dalam babak IV
  • "Ave Maria" - Desdemona dalam babak IV
  • "Inaffia l'ugola!" - Iago & Cassio
  • "Sì, pel ciel marmoreo giuro" - Otello & Iago

Rakaman terpilih

Maklumat lanjut Tahun, Penyanyi-pelakon ...

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Remove ads

Penilaian penting “Otello”

Pengkritik opera menganggap karya Verdi "Otello" sebagai karya teragung dan yang paling matang di antara semua karya-kerya beliau. Beliau mencuba sesuatu kelainan dengan tidak membuat tradisional struktur resitatif -aria sama seperti Richard Wagner kecuali di beberapa bahagian. Libretis , Arrigo Boito pula cuba sedaya upaya untuk menulis libreto tanpa banyak pengubah suaian dari karya asal Shakespeare, kecuali di beberapa adegan di dalam babak I (berkaitan dengan watak “Brabantio”, ayah kepada “Desdemona”).

Tiga peranan utama di dalam “Otello” adalah peranan-peranan yang amat mencabar ditulis oleh Verdi yang merangkumi kedua-duanya, menyanyi dan juga lakonan. Tenor-tenor terkenal yang pernah melakonkan watak Otello termasuk Giovanni Martinelli, Leo Slezak, Ramón Vinay, Mario del Monaco, James McCracken, Jon Vickers, dan tenor terkenal masakini , Plácido Domingo, yang paling banyak sekali muncul di dalam opera ini berbanding dengan tenor lain. Ramai menganggap Plácido Domingo, sebagai Otello sebenar. Ramai bariton terkemuka seperti Robert Merrill, Tito Gobbi, dan Sherrill Milnes telah melakonkan watak “Iago”.

Remove ads

Rujukan

Buku rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads