Pacat Anggun
spesies burung From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pacat Anggun (Pitta elegans) adalah satu spesies burung passerine dari keluarga pitta, Pittidae. Ia endemik dari Indonesia, di mana ia boleh ditemui di Pulau Sunda Kecil dan Maluku.
Remove ads
Taksonomi dan taburan subspesies
Pacat Anggun telah diperincikan dan digambarkan oleh ahli zoologi Belanda Coenraad Jacob Temminck pada tahun 1836 berdasarkan spesimen yang dikumpul daripada pulau Timor. Temminck memberi nama binomial Pitta elegans.[2][3]
Kadang kala Pacat Anggun dianggap sebagai satu subspesies bagi Pacat India (P. brachyura), Pacat Bising (P. versicolor) atau Pacat Sayap Biru (P. moluccensis).[4]
Enam subspesies telah dikenal pasti:[5]
- P. e. virginalis Hartert, 1896 – pulau-pulau kecil di Tanahjampea, Kalaotoa, dan Kalao (antara Sulawesi dan Flores)
- P. e. vigorsii Gould, 1838 – pulau-pulau di barat daya New Guinea
- P. e. hutzi Meise, 1942 – pulau Nusa Penida (tenggara Bali)
- P. e. concinna Gould, 1857 – Lombok, Sumbawa, Flores, Adonara, Lomblen dan Alor (Kepulauan Sunda Kecil)
- P. e. maria Hartert, 1896 – pulau Sumba (selatan Sunda Kecil)
- P. e. elegans Temminck, 1836 – pulau-pulau antara timur Sulawesi hingga baratt New Guinea
Subspesies P. e. vigorsii kadang kala dianggap satu spesies berasingan, iaitu Pacat Dagu Putih. Tiga subspesies lain telah diperincikan tetapi kini disatukan dalam subspesies sebelumnya.[4]
Remove ads
Taburan dan habitat
Pacat Anggun adalah endemik di Kepulauan Sunda Kecil dan Maluka di Indonesia. Ia juga dilaporkan boleh ditemui di Timor Timur oleh beberapa pengarang,[1] akan tetapi spesies ini hanya direkodkan di bahagian barat pulau, meskipun habitatnya adalah sesuai.[6] Habitat aslinya adalah hutan tropika kering dan tanah rendah lembab tropika.[4]
Ras yang boleh ditemui di Timor, Semau, dan Kisar. P. e. maria ditemui di Sumba, and P. e. concinna ditemui di Flores, Lombok dan pulau-pulau berdekatan. P. e. virginalis ditemui di Tanahjampea, Kalao dan Kalaotoa, selatan Sulawesi, dan P. e. vigorsii bertebaran di Banda, Kasiui, Kur, Tiur, Kepualauan Kai, Damar, dan Babar.[4]
Remove ads
Perincian

Pacat Anggun mempunyai panjang 19 cm (7.5 in) dan berat 47–77 g (1.7–2.7 oz). Kepala, kerongkong, dagunya berwarna hitam, manakala jambulnya berjalur kuning pucat. Bahagian atas badannya berwarna hijau gelap, manakala hampir keseluruhan sayap bertompok turquoise cair. Punggungnya berwarna turquoise-biru dan ekornya berwarna hitam dengan hujung ekor berwarna hijau. Kebanyakan bahagian bawah berwarna kuning cair dengan warna hitam di tengahnya dan tompokan merah di perut. Kedua-dua jantina mempunyai warna yang sama.[4]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
