Parti Rakyat India Malaysia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Rakyat India Malaysia
Remove ads

Parti Rakyat India Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Indian People Party,மலேசிய இந்திய மக்கள் கட்சி), disingkatkan MIPP, ialah sebuah parti politik nasionalis di Malaysia. Ia adalah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional.[1][2] MIPP telah diluluskan dan didaftarkan pada 28 Mei 2019 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ideologi utama parti adalah untuk menjaga kepentingan emperjuangkan hak asasi, keadilan sosial, dan kemajuan ekonomi bagi komuniti India Malaysia, serta memainkan peranan aktif dalam lanskap politik negara.[3]

Fakta Segera Nama Inggeris, Nama Tamil ...

Pada 23 April 2024, parti MIPP menjadi komponen rasmi mewakili kaum etnik India didalam gabungan Perikatan Nasional.[4]

Sejak penubuhannya, PRIM belum pernah memenangi sebarang kerusi di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Namun, parti ini aktif dalam menyuarakan pendirian melalui forum, memorandum, dan kerjasama dengan NGO serta blok-blok pembangkang

Remove ads

Sejarah

Parti Rakyat India Malaysia ditubuhkan pada tahun 2018 oleh sekumpulan aktivis masyarakat India, bekas ahli parti politik, serta pemimpin akar umbi yang tidak lagi mempercayai keupayaan parti-parti tradisional seperti Kongres India Malaysia (MIC), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAPdalam memperjuangkan nasib komuniti India. Parti ini ditubuhkan dalam konteks peningkatan kesedaran politik dalam kalangan minoriti India yang berasa tersisih daripada arus pembangunan nasional.

Pada Januari 2025, Parti India Rakyat Malaysia (MIPP) telah menegaskan semula komitmennya untuk menerajui gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi negeri Pulau Pinang. Langkah ini turut mencetuskan harapan dalam kalangan parti tersebut untuk melantik Ketua Menteri berbangsa India yang pertama di Pulau Pinang.[5].MIPP percaya bahawa strategi yang memberi tumpuan kepada pengundi Melayu dan India merupakan laluan paling berdaya saing untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri, memandangkan pengundi Cina dijangka akan terus menyokong DAP yang memerintah.

Remove ads

Ideologi

Ideologi utama parti adalah untuk menjaga kepentingan emperjuangkan hak asasi, keadilan sosial, dan kemajuan ekonomi bagi komuniti India Malaysia.[3] Parti ini menonjolkan dirinya sebagai alternatif kepada parti-parti arus perdana yang dikatakan gagal membawa perubahan signifikan terhadap kedudukan sosio-ekonomi masyarakat India sejak kemerdekaan negara.

PRIM juga mengamalkan ideologi nasionalisme minoriti, keadilan sosial, dan reformasi demokratik. Parti ini memperjuangkan:

  • Pemerkasaan masyarakat India melalui pendidikan, keusahawanan, dan latihan vokasional.
  • Pembaharuan dasar awam untuk mengurangkan diskriminasi sistemik terhadap kaum minoriti.
  • Perlindungan hak pekerja, terutamanya dalam sektor perladangan dan perkilangan.
  • Perjuangan terhadap isu-isu seperti kerakyatan, kemiskinan bandar, pemilikan tanah, dan akses kepada pendidikan berkualiti.
  • Ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan.

PRIM juga menyatakan sokongan kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, namun sering mengkritik pelaksanaannya yang dikatakan tidak konsisten dengan semangat kesaksamaan.

Remove ads

Kepimpinan

Presiden

Maklumat lanjut No, Nama ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads