Pasukan bola sepak kebangsaan Kazakhstan

pasukan bola sepak kebangsaan lelaki mewakili Kazakhstan From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pasukan bola sepak kebangsaan Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан Ұлттық футбол құрамасы, Qazaqstan Ūlttyq Futbol qūramasy, [qɑzɑqsˈtʰɑn o̙ɫˈtːɯq fʊtˈboɫ qo̙rɑmɑˈsɯ]) mewakili Kazakhstan dalam bola sepak lelaki dan ia ditadbir oleh Persekutuan Bola Sepak Kazakhstan. Mereka berpisah daripada pasukan bola sepak kebangsaan Kesatuan Soviet selepas mencapai kemerdekaan pada 1991 dan menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah, bahagian dari Konfederasi Bola Sepak Asia. Selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 1998 dan 2002, mereka menyertai UEFA, tetapi masih belum layak ke Piala Dunia FIFA atau Kejohanan Eropah UEFA.

Fakta Segera Gelaran, Persatuan ...
Remove ads

Sejarah

Negara Kazakhstan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 16 Disember 1991. Pasukan kebangsaannya kemudiannya berpecah daripada pasukan bola sepak kebangsaan Kesatuan Soviet (ahli UEFA) dan menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia. Pada masa itu, mereka adalah salah satu pasukan terkuat di Asia Tengah, dan salah satu pasukan yang paling meningkat di Asia.

Pasukan itu memainkan perlawanan pertama mereka menentang satu lagi bekas negara Soviet, Turkmenistan pada 1 Jun 1992, sebagai sebahagian daripada kejohanan Asia Tengah. Kazakhstan menang 1–0. Kejohanan itu juga menyaksikan penampilan sulung bola sepak Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Selepas menewaskan Libya dalam perlawanan persahabatan di Korea Utara pada 3 Julai, Kazakhstan memainkan baki perlawanan Asia Tengahnya dan mengelak kekalahan dalam kesemua perlawanan. Mereka menewaskan Uzbekistan dengan skor 1–0 di tempat sendiri pada 16 Julai, kemudian seri 1–1 di tempat lawan di Turkmenistan pada 14 September, di Kyrgyzstan pada 26 September dan Uzbekistan pada 14 Oktober. Perlawanan terakhir mereka berakhir dengan kemenangan 2–0 di tempat sendiri ke atas Kyrgyzstan pada 25 Oktober.

Remove ads

Kit

Pembekal kit

Maklumat lanjut Tempoh, Pembekal kit ...

Sumber: FootballShirtsVoltage.com[3]

Perseteruan

Walaupun pada masa ini sebahagian dari ahli UEFA, saingan terbaik Kazakhstan kebanyakannya dengan ahli AFC dari Asia Tengah, iaitu Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan. Dua pesaing terbesar Hawks ialah Uzbekistan dan Kyrgyzstan, yang bermula sejak pemerintahan awal KRSS. Persaingan ini masih sangat penting bagi kebanyakan orang Kazakhstan, kerana Kazakhstan tidak mempunyai sebarang saingan sebenar dengan mana-mana pasukan kebangsaan UEFA.

Skuad terkini

26 pemain berikut telah dipanggil untuk perlawanan kelayakan UEFA Euro 2024.[4]

  • Tarikh perlawanan: 17 dan 20 November 2023
  • Lawan:  San Marino and  Slovenia
  • Penampilan dan gol betul setakat: 20 November 2023, selepas perlawanan menentang  Slovenia
Maklumat lanjut No., Pos. ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads