Konfederasi Bola Sepak Asia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Konfederasi Bola Sepak Asia[1] merupakan badan pentadbiran bola sepak bagi 46 ahlinya, kebanyakan negaranya di Arab Negara-negara yang mempunyai wilayah di dalam Asia dan Eropah, seperti Turki, Russia, Azerbaijan, Kazakhstan, dan Georgia, juga seperti Armenia yang berada di dalam Asia sepenuhnya di bawah pentadbiran UEFA. Sebaliknya Australia yang dulunya bernaung di bawah AFC kini berada di dalam AFC semenjak 2006.

AFC telah ditubuhkan pada 8 Mei 1954 di Manila, Filipina, dan ia merupakan salah satu daripada enam benua/konfederasi FIFA. Ibu pejabatnya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Presiden AFC terkini adalah Salman Bin Ibrahim dari Bahrain

Remove ads

Sejarah pembentukan

AFC ditubuhkan secara rasminya pada 5 Ogos 1954 semasa berlangsungnya Sukan Asia. 12 ahli pengasas adalah Afghanistan, Burma (Myanmar), Taipei Cina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Ia secara rasmi diperakukan oleh FIFA pada 21 Jun 1954, sehari selepas Korea Selatan disingkirkan kalah 0-7 kepada Turki di dalam Piala Dunia FIFA 1954.[2]

Remove ads

Kejohanan-kejohanan AFC

Kejohanan yang dianjurkan oleh AFC antaranya ialah Liga Juara-Juara AFC, sebuah kejohanan tahunan yang paling berprestij diperingkat kelab-kelab Asia. PenbBahlu ertaannya melibatkan juara liga empat belas negara sepak bola terkuat di Asia. AFC juga menganjurkan Piala AFC bagi juara liga dari negara yang berada dirangking ke 15 ke atas.

Bola sepak wanita di Asia

Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia (ALFC) adalah sebahagian daripada AFC yang menguruskan bola sepak wanita di Asia. Kumpulan ini ditubuhkan secara bebas pada bulan April 1968 di dalam sebuah mesyuarat yang melibatkan Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Pada tahun 1986 ALFC bergabung dengan AFC.[3] Konfederasi Bola Sepak Wanita Asia telah membantu menguruskan Piala Asia Wanita AFC, pertama kali diadakan pada tahun 1975, juga Kejohanan Wanita B-19 AFC dan Kejohanan Wanita B-17 AFC.

Kawasan

AFC dipecahkan kepada empat kawasan.[4] Di bawah menunjukkan pasukan-pasukan kebangsaan Asia dipecahkan mengikut wilayah (tetapi tidak semestinya sebahagian daripada wilayah persekutuan bola sepak mereka). Oleh kerana ada peraturan, contohnya kekangan agama dan budaya, hanya ASEAN dan Asia Timur mencukupkan pasukan bola sepak wanita.

Persekutuan Bola Sepak ASEAN

Persekutuan Bola Sepak Asia Timur

  • Templat:Country data Makau

Persekutuan Bola Sepak Asia Barat

Persekutuan Bola Sepak Asia Tengah

Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan

Remove ads

Ranking

Ranking FIFA

Ranking dikira oleh FIFA.

Maklumat lanjut AFC, FIFA ...

Kemaskini terakhir 24 November 2028 Diarkibkan 2017-10-18 di Wayback Machine

Ranking Pertandingan Kelab AFC

Ranking MA

Ranking dikira oleh AFC .

Maklumat lanjut AFC, Negara ...

Ranking kelab-kelab

Ranking dikira oleh AFC.[5]

Maklumat lanjut Kdkn, Pgrkn ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads